Pelakon dan penyanyi Naim Daniel mengakui tugas memegang dua watak berbeza dalam drama siri premium terbaharu, Astro Originals, I.D yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini sebagai satu hal yang agak sukar dan mencabar dirinya sebagai anak seni sepanjang karier lakonannya.
“Sebelum ini saya dapat watak-watak sampingan awam, tapi untuk kali ini saya dapat memegang watak utama dan karakter yang akan dipersembahkan juga ada dua karakter yang berbeza jadi ia merupakan satu benda yang agak mencabar.
“Jadi untuk I.D ini, ini kali pertama saya membawa watak yang agak matang.
“Sebab sebelum ini di Projek High Council saya rasa watak itu benda yang seronok untuk saya buat, jadi untuk kali ini ia lebih memberi pengalaman kepada saya sepanjang perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Sebab sewaktu saya belajar mendalami karakter itu, karakter tersebut mengajar saya balik tentang bagaimana saya melihat dunia jadi ia mematangkan saya juga,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sekadar info, sebelum ini Naim telah berjaya meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam sebuah anugerah berprestij Contest Asia Awards menerusi drama Projek High Council.
Siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Saksikan I.D bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium hasil karya daripada pengarah Projek Anchor SPM, Razaisyam Rashid, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis I.D
I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman.
Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi. - Gempak
Gempak
Fri Feb 09 2024

Sebelum ini Naim telah berjaya meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam sebuah anugerah berprestij Contest Asia Awards menerusi drama Projek High Council. - Gambar Gempak

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.

Naim Daniel cabar diri main dua karakter yang berbeza di dalam naskhah I.D
Naim Daniel mengakui tugas memegang dua watak berbeza dalam drama siri premium terbaharu, Astro Originals, I.D yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini sebagai satu hal yang sukar dan mencabar.

Padah bercinta dengan isteri orang di alam siber
Pertemuan yang diatur di Fuyuan itu bertambah parah apabila suami Duan dan empat rakannya bertindak memukul Liu.

Ketepikan stigma, jom cari jodoh di alam maya
Percayakah anda, jodoh dan pertemuan itu sebenarnya ada di Facebook, Instagram, Twitter dan segala bentuk media sosial di muka bumi ini.