PENYANYI Nikki Palikat akhirnya mendedahkan perkahwinannya bersama komposer Audi Mok sudah berakhir.
Nikki membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama sebuah program pada Ahad.
Tidak berniat untuk merahsiakan hal sebenar, Nikki berkata dia memerlukan masa sebelum berkongsi tentang penceraian mereka.
“Bukan nak sorokkan tetapi saya perlukan masa untuk terima perkara yang menyakitkan ini. Bukan senang untuk saya ceritakan perkara ini.
"Sebenarnya memang benar saya dah bercerai. Penceraian itu berlaku ketika fasa pandemik.
“Pada ketika itu ada satu kesedaran lebih baik bercerai dan teruskan hubungan sebagai seorang kawan.
“Memang sekarang ini hubungan kami lebih baik dari ketika kami berkahwin,” jelasnya.
Nikki juga menyangkal penceraian itu disebabkan orang ketiga.
Nikki dan Audi berkahwin pada Jun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. -Gempak
Gempak
Mon Jun 27 2022

Nikki Palikat mendedahkan perkahwinannya bersama komposer Audi Mok sudah berakhir. -Gempak
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Nikki Palikat bakal tampil di pentas DFP, persembah lagu cinta dari Broadway
Konsert ini akan diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang akan berkolaborasi dengan MPO.

Nikki Palikat dedah sudah bercerai dengan Audi Mok
Tidak berniat untuk merahsiakan hal sebenar, Nikki berkata dia memerlukan masa sebelum berkongsi tentang penceraian mereka.

Nikki Palikat dimasukkan ke hospital
Bintang GegarVaganza (GV) 8, Nikki Palikat dimasukkan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.