IMPAK penghasilan cetak rompak bukan hanya menjejaskan syarikat penyiaran malah ia memberi kesan kepada semua pihak terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu kandungan.
Namun saban hari, perkara ini bagai tiada penghujung, kerana masih ada yang memilih untuk menonton kandungan secara haram.
Bagi pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, rakaman sebalik tabir sangat penting bagi membuka mata masyarakat melihat bagaimana mereka yang berada dalam industri seni tanah air bekerja.
“Sebalik Tabir ini sebenarnya penting, kadang-kadang ada yang fikir ia tidak penting namun itu adalah salah satu cara untuk kita tunjuk kepada masyarakat di luar sana bagaimana kita bekerja.
“Untuk cerita yang berdurasi 30 minit yang dimainkan di kaca TV, ia memakan masa 3 sehingga 5 hari untuk kita lakukan dan ia memerlukan banyak pihak untuk menjayakannya.
"Kalaulah mereka tahu betapa susahnya untuk kita lakukan, barulah mereka akan hargai karya-karya seni yang kita letak di kaca TV atau layar perak,” kata Sherry kepada Astro AWANI.
Pelakon yang popular dengan drama The Maid ini juga menyatakan bahawa sekiranya perkara ini terus berleluasa, ia akan memberi kesan kepada syarikat produksi untuk menghasilkan karya-karya baharu dan berkualiti.
BACA : Wanita berdepan enam pertuduhan miliki kotak media iBoite-X secara haram
BACA : 'Kalau kerajaan tidak bersungguh, sampai kiamat pun cetak rompak tak selesai ...' - Yusof Haslam
BACA : Perisian tidak sah: Ganggu periuk nasi penggiat seni - Shaza Bae
BACA : Perisian tidak sah: 'Beli daripada pihak sepatutnya, bukan daripada lanun' - Michael Ang
Pada masa sama, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, juga berpendapat bahawa syarikat penyiaran harus memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan dibantu oleh selebriti Malaysia dalam mendidik masyarakat melalui sosial media.
“Syarikat penyiaran memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hal ini, dan selebriti Malaysia juga boleh membantu dengan melakukan video pesanan khidmat masyarakat menggunakan medium sosial media masing-masing,” tambah Sherry.
Asyraf Roslan
Mon Mar 01 2021

Sherry berpendapat bahawa syarikat penyiaran harus memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. - Foto Instagram/sherry_alhadad
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.

Penguatkuasa perlu agresif tawan 'lanun', kami dah separuh mati - Seniman
Penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.