Menerusi perkongsian penyanyi Mafarikha di Instagram, majlis pernikahan pasangan itu telah berlangsung secara tertutup di The Agam, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat sahaja.
Lebih istimewa, M. Nasir turut mendendangkan lagu Nur Nilam Sari, yang pernah dicipta khas untuk puterinya itu, sebagai hadiah di majlis pernikahan.
Dalam video yang dikongsikan, Nilam kelihatan sebak ketika ayahnya menyampaikan lagu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menyatakan betapa bertuahnya Nilam kerana mempunyai seorang bapa yang mencipta lagu istimewa untuknya.
"The real Nur Nilam Sari. Bayangkan ayah anda buat lagu khas untuk anda dan menjadi siulan ramai. Tahniah!"
“Imagine your daddy buat lagu untuk you ❤️.
“Tahniah Nur Nilam Sari..tahniah tok M Nasir.
“Nampak sangat menantu tu die hard fan yer
