KUALA LUMPUR: PERTAMA kali bertandang ke Malaysia berkolaborasi bersama dua teman vokalis yang sudah punya tanda dagang terkenal lewat magis suara masing-masing, ada keterujaan yang disimpan Once Mekel.
Once Mekel akan berkolaborasi bersama Bams Samsons dan Marcell dalam Konsert Trio Terhebat Vol. 1 yang dibawakan oleh Arena Muzik bersama sokongan Icon Entertainment.
Penyanyi berusia 53 tahun itu mahu memastikan perkongsian pentas mereka bertiga akan memberi kepuasan kepada peminat.
“Saya cukup teruja untuk berkongsi pentas Trio Terhebat bersama Bams Samsons dan Marcell. Saat dilamar sahabat yang sangat saya percayai, Iman Tang dari Icon Entertainment saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju dengan konsepnya.
“Seingat saya, saya pernah membuat persembahan bersama Marcell di Indonesia tetapi belum pernah dengan Bams.
“Tentu ini (Trio Terhebat) akan menjadi sebuah konsert yang menarik dengan setiap kami mungkin menghadirkan sekitar lapan sehingga 10 lagu.
“Setelah itu saya juga bakal punya kesempatan membuat persembahan dengan band Marcell dan Bams Samsons,” kata penyanyi kelahiran Makkasar ini.
Selain perdana kali sepanggung dengan Marcell dan Bams Samsons yang belum pernah dikongsi meski di negara kelahiran mereka, Malaysia, Once mahu pendengar dan peminat mengenalnya sebagai sosok solois berdiri di atas nama Once Mekel, bukan vokalis Dewa 19.
Sedar bahawa namanya dan Dewa 19 tidak akan dapat dihapus dalam sejarah, namun, Once mahu peminat yang bakal hadir ke Konsert Trio Terhebat pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre juga akrab dengan lagu-lagu miliknya sendiri.
“Apa yang pasti saya akan mendendangkan rangkaian lagu dari album-album solo Once Mekel.
“Akan saya dendangkan Dealova, Matilah Kau, Simfoni Indah dan Ku Cinta Kau Apa Adanya,” kata Once.
Vokalis yang terkenal dengan nada suara tinggi itu bagaimanapun tidak keberatan jika pihak penganjur iaitu Icon Entertainment mahu dia membawakan lagu Dewa 19.
“Namun secara peribadi saya tidak berhasrat membawa lagu-lagu dari Dewa 19. Bergantung pada permintaan (penganjur),” ujar Once lagi.
Ironi ketidakmahuan Once membawakan lagu-lagu Dewa 19 adalah kerana dihalang pengasas band fenomena itu, Ahmad Dhani.
Dhani melarang membawa lagu-lagu Dewa 19 dalam persembahan solo Once kerana perihal royalti.
Mengulas mengenai isu tersebut, Once menyifatkan untuk kes bersama Dewa 19, Dhani wajar dan berhak ke atas karya yang dihasilkan.
“Cuma secara peribadi menurut saya jika seorang komposer menghalang penyanyi dengan lagu yang dibikin khas buatnya mendendangkan ia dalam persembahan, itu jadi tidak wajar.
“Soalnya isu royalti adalah antara pencipta dengan penganjur bukan bersama penyanyi. Penyanyi hanya menyampaikan karya yang dibikin buat mereka,” ulas Once.
Dari muzik ke gelanggang politik
Sementara itu, bercakap mengenai percubaan perdananya masuk ke dunia politik menerusi pencalonan dari Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat pada Pemilu 2024, ada harapan besar yang disandarkan Once.
Once yang merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Indonesia berharap agar dapat memperbaiki sturuktur dalam dunia muzik selain membantu masyarakat dalam kelangsungan hidup sehari-hari.
Sementelah sejak sekian lama sudah ramai rakan seangkatan dari dunia seni terjun ke dunia politik dan bersama mereka, Once mahu mencetuskan sesuatu yang lebih baik dan positif untuk industri kreatif Indonesia.
“Saya mahu memperjuangkan isu berkaitan artis mengenai hak cipta serta undang-undang. banyak perlu diperjuang terutama dari segi hak cipta dan undang-undang untuk terus membangunkan industri kreatif Indonesia.
“Dan selain itu saya mahu mendengar serta membantu masyarakat. Saya lebih senang anggap diri wakil rakyat daripada ahli politik kerana mahu dekat dengan rakyat,” katanya.
Kini Once berdebar menanti keputusan sama ada beliau lolos atau tidak menerusi keputusan pada 20 Mac ini.
“Setidaknya saya mahu dikenali sebagai wakil rakyat dengan imej bersih dan boleh dipercayai,” katanya yang turut mara pada pesta demokrasi pada 14 Februari lalu.
Meski mungkin akan menggalas tanggungjawab baharu sebagai wakil rakyat, Once mengatakan sama sekali tidak akan meninggalkan dunia seni terutama sebagai penyanyi.
Justeru dia berharap agar peminat tidak lupa hadir menyaksikan Konsert Trio Terhebat 1.0 bersama Marcell dan Bams di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 Mei 2024 ini.
Tiket-tiket dengan nama Kenangan Terindah ·MYR 1388.00 ; Dealova · MYR 558.00 ; Akhir Rasa Ini · MYR 458.00 ; Hilang Naluri · MYR 358.00 ; Semusim (S1) · MYR 308.00 boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.
Pemegang kad kredit Maybank akan menerima potongan harga sebanyak 12 peratus, manakala, pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus.
Astro Awani
Thu Mar 14 2024
Once Mekel akan berkolaborasi bersama Bams Samsons dan Marcell dalam Konsert Trio Terhebat Vol. 1 yang dibawakan oleh Arena Muzik bersama sokongan Icon Entertainment pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.
"Hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu" - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan ahli Dewan Rakyat untuk menggunakan dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran Negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Ahli-ahli Dewan banyak berubah, tunjuk sikap lebih sopan”- Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Rakyat yang tunjuk sikap lebih sopan dalam persidangan tahun lalu, namun, ada segelintir sukar buang tabiat lama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal, medan semak dan imbang pentadbiran
AWANI Ringkas: Titah YDP Agong jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api
Ahli keluarga menanggung kerugian sebanyak RM100,000 termasuk kenderaan yang rosak dijilat api.
AWANI Pagi: APMM | Perisai samudera negara, perkukuh keselamatan maritim
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah (Logistik),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Once teruja kongsi pentas dengan Marcell, Bams Samson
Tiga nama besar itu akan beraksi dalam Konsert Trio Terhebat Vol. 1 pada Mei depan di Kuala Lumpur.
Once bakal bawa Dealova di konsert Trio Terhebat, jelaskan hubungan terkini dengan Ahmad Dhani
Hubungan Dhani dan Once pernah renggang selepas dia dilarang membawa lagu ciptaan komposer tersebut dalam persembahan solo sekitar tahun lalu.
Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya
Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Terubat rindu, 9,000 tonton konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19
Seramai 9,000 peminat dihiburkan dengan persembahan lebih 30 buah lagu daripada Dewa 19.
Dul Jaelani ganti tempat Ahmad Dhani dalam konsert di Malaysia
Anak Ahmad Dhani ganti tempat bapa beraksi di Malaysia Sabtu ini.