PENYANYI Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.
Masih merahsiakan gerangan tunangnya, Shahir AF atau nama lengkapnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, berkata dia bakal mendedahkan identiti bakal isterinya pada majlis pernikahan mereka nanti.
“Nak ke fasa baharu ini sudah tentu tanggungjawab pun lebih besar kerana ia satu fasa perubahan dalam hidup…sudah tentu saya berdebar.
“Mengenai siapa bakal isteri saya biarlah tunggu majlis nikah nanti. Dia orang biasa yang berlainan bidang dengan saya dan baru berumur 30 tahun.
“Dia berasal dari Tawau, Sabah dan kami juga bertunang di sana. Namun dia menetap di sini,” katanya kepada Astro Gempak.
Shahir berkongsi mengenai persiapan akhir sebelum bergelar suami pada Jumaat ini ketika dihubungi oleh Gempak.
Berkongsi mengenai detik perkenalan mereka, Shahir memberitahu mereka hanya mengambil masa yang singkat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami mula berkenalan pada Mei baru-baru ini iaitu selepas Aidilfitri. Tak sangka perkenalan kami dipermudahkan kerana masing-masing sedang mencari pasangan hidup.
“Kami tidak mengambil masa yang lama mungkin juga kerana faktor usia. Di awal perkenalan lagi dia sudah mengajak saya mengambil kursus kahwin untuk melihat betapa saya serius dengan hubungan kami,” katanya lagi.
Ditanya adakah mereka tidak tergesa-gesa kerana hanya berkenalan empat bulan sahaja sebelum diijabkabulkan, Shahir ada alasan tersendiri.
“Pada saya usia perkenalan itu tidak menentukan sejauh mana kita mengenali pasangan kita. Ada yang bercinta bertahun-tahun pun bila berkahwin masih lagi ada perkara yang mereka baru tahu dan perlu fahami.
“Macam kami, memang usia perkenalan itu singkat tapi bila kami membuat keputusan untuk berkahwin…Alhamdulilah jadi urusan itu berjalan lancar dan mungkin ini jodoh yang ditentukan Allah,” kongsinya lagi.
Shahir dan bakal isteri melangsungkan pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman tunangnya di Tawau, Sabah.
Shahir bakal melancarkan single terbaharu iaitu lagu ciptaan dia sepenuhnya buat bakal isteri yang akan dinyanyikan di hari persandingan mereka pada 3 September, Sabtu ini. -- Gempak
Gempak
Tue Aug 30 2022
!['Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini 'Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661850186_TBSHAHIRAF.jpg)
Shahir dan bakal isteri melangsungkan pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman tunangnya di Tawau, Sabah. -- Gempak
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.
![Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739935315_tbSambalBuduDurian.jpg)
Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.
![Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.
![KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732030175_TBRUBIAHWANG.jpg)
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.
![Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661308816_Petronas.jpg)
Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.
![Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808434_DatukHanifahHajar.jpg)
Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.
![Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.
![Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.
![Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739934766_tbSuruhanjayaTenaga.jpg)
Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.
![Sivasangari tekad tingkat ranking dunia Sivasangari tekad tingkat ranking dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711937574_TBSivasangarijpg.jpg)
Sivasangari tekad tingkat ranking dunia
Sivasangari berharap untuk meneruskan momentum kecemerlangannya selepas mencapai ranking dunia tertinggi dalam kariernya baru-baru ini.
!['Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini 'Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661850186_TBSHAHIRAF.jpg)
'Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini
Penyanyi Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.