SEKIAN lama mendiamkan diri, pengarah Osman Ali akhirnya tampil memberi penjelasan susulan isu pelakon Sophia Albarakbah yang juga ‘heroin’ dalam drama arahannya dikatakan 'tersuka' dan jatuh cinta kepada aktor Aliff Aziz.
Kata Osman, 50, isu tersebut seharusnya tidak perlu dipanjangkan kerana dikhuatiri akan mengganggu proses penggambaran terutama barisan pelakon lain dan pihak produksi.
Pun begitu, Osman tetap memberi pujian kepada Sophia dan Aliff kerana sentiasa memberikan komitmen yang tinggi ketika berada di set.
“Saya harap sangat perkara ini tidak dipanjangkan sehingga akan mengganggu proses kerja pelakon dan team produksi.
“Saya akui memang mereka berdua (Sophia dan Aliff) bekerja sangat keras bagi menjayakan watak masing-masing dan komitmen tinggi secara profesional diberikan.
“Bila ada yang kata ini marketing, langsung saya katakan ini bukan sebahagian daripada marketing,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, pengarah filem Ombak Rindu itu turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Sophia sememangnya terkenal dengan sikap suka mengganggu suami orang.
“Mengenai perkara itu saya tidak tahu kerana masih belum kenal, tapi sepanjang dia bekerja dengan saya, dia sangat baik, komited, berdisiplin, sopan santun dan tidak 'gedik' langsung di set.
“Malah saya tidak nampak pun elemen bermanja-manja di lokasi seperti yang didakwa sesetengah pihak terhadap Sophia. Dia tiada masalah itu,” tambahnya.
Sementara itu, Osman berkata dia sudah pun berjumpa dengan aktor dan aktres tersebut bagi menyelesaikan isu berkenaan.
“Saya tidak mahu timbulkan perbalahan. Saya dah jumpa mereka berdua, dalam perbincangan kami, saya mahu isu yang timbul diselesaikan secara baik.
“Saya menghormati setiap kehidupan peribadi mereka, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Isu peribadi antara mereka berdua saya tidak sangat mengambil tahu, saya bertindak profesional dengan menjalankan tugas saya sebagai pengarah,” ujarnya lagi. -Gempak
Gempak
Sat Feb 11 2023

Kata Osman (tengah), isu membabitkan Sophia (kiri) dan Aliff Aziz seharusnya tidak perlu dipanjangkan kerana dikhuatiri akan mengganggu proses penggambaran terutama barisan pelakon lain dan pihak produksi. -Gempak

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Osman Ali nafi dakwaan Sophia Albarakbah 'suka kacau suami orang'
Kata Osman, isu tersebut seharusnya tidak perlu dipanjangkan kerana dikhuatiri akan mengganggu proses penggambaran terutama barisan pelakon lain dan pihak produksi.

Rupanya sikap sebenar artis baru sekadar nak orang kenal untuk ceburi dunia bisnes
Segelintir artis baru yang kini ramai mewarnai industri hiburan tempatan sebenarnya mempunyai niat hanya mahu membina nama semata-mata sebelum terjun ke bidang bisnes.

'Pinjamkan Hatiku' jadi mangsa jenayah siber
Filem yang ditayangkan pada 30 November lalu dipercayai disiar seorang penonton dari dalam dewan pawagam.

Pertama kali bintangi filem, Ayda Jebat mengaku gementar
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui dirinya rasa gementar ketika memainkan watak Laila Safitri dalam filem arahan Osman Ali, Pinjamkan Hatiku.

Doa peminat mahu lihat Zizan bersama Mira Filzah jadi kenyataan
Selepas pelakon dan pelawak Zizan Razak putus cinta beberapa tahun lalu, ramai artis wanita yang dikaitkan dengan dirinya.

Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?
Langit Cinta arahan Osman Ali, filem untuk anda yang sedang dilamun cinta atau sedang tercari-cari erti kasih sejati. Di pawagam mulai 7 Januari 2016.

Ada peminat sanggup tonton Jwanita 11 kali
Seorang peminat filem Jwanita, Maximillian mengakui sangat berpuas hati dengan mutu filem tersebut.

'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam', netizen puji filem seram Jwanita
Netizen yang teleh menonton filem ini bukan sahaja terhibur, tetapi turut teruja dengan adegan-adegan suspens.

Sejoli, cinta boleh buat orang jadi gila
Walaupun gagal meraih kutipan yang baik untuk filem Cun, Osman Ali sekali lagi tampil dengan filem bergenre yang sama, Sejoli.

Remy nafi terima watak stereotaip
Sering membawa watak yang sama, Remy dikatakan sudah sinonim dengan watak budak kampung.