ANAK sulung pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, Brooklyn dan pelakon Nicola Peltz, sah bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan penuh berprestij di Florida. Amerika Syarikat pada petang Sabtu waktu tempatan.
Memetik media antarabangsa, majlis perkahwinan pasangan mempelai Brooklyn, 23, dan Peltz, 27, berlangsung di rumah agam milik keluarga Peltz di Palm Beach, Florida sekitar pukul 6 petang.
Dilaporkan, majlis mewah bagi meraikan hari istimewa Brooklyn dan Peltz, yang merupakan anak kepada jutawan, Nelson Peltz, menelan perbelanjaan sekitar 3 juta pound (RM16 juta).
Pasangan itu bertukar ikrar di hadapan seorang rabbi di bawah chuppah yang dihias bunga dalam upacara tradisional Yahudi - sebagai penghormatan kepada warisan Yahudi Peltz.
Seiring dengan tradisi, Brooklyn kemudian memecahkan kaca yang dibalut dengan kain menggunakan tumitnya selepas dia dan pelakon filem The Last Airbender itu sah berkahwin.
Majlis penuh romantik itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal termasuk Eva Longoria, Mel C, serta bintang tenis dunia, Serena Williams.
Sementara itu, Mail Online melaporkan pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Bagaimanapun, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle didakwa tidak dijemput bagi meraikan perkahwinan anak David dan Victoria itu.
Bintang muda Hollywood itu dilaporkan mula bercinta pada Oktober 2019, sebelum mengumumkan secara rasmi hubungan mereka pada Januari 2020.
Mereka mengikat tali pertunangan kurang dari setahun selepas menjalin percintaan.
Terdahulu, Brooklyn dan Peltz, dilaporkan telah menandatangani perjanjian praperkahwinan bernilai 3 juta pound (RM16 juta), menjelang majlis perkahwinan mereka.
Mail Online melaporkan perjanjian itu dibuat untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).
Astro Awani
Sun Apr 10 2022

Brooklyn dan Peltz dilaporkan mula bercinta pada Oktober 2019, sebelum mengumumkan secara rasmi hubungan mereka pada Januari 2020 - Foto IG @brooklynbeckham

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Serie A: Saya pilih nombor 32 kerana Beckham - Kyle Walker
Kapten Manchester City, Kyle Walker, menyertai kelab gergasi Itali, AC Milan, secara pinjaman untuk baki saingan musim ini.

David Beckham kini ternak ayam
Bintang bola sepak dunia, David Beckham kini menceburi bidang penternakan ayam.

Pemain bola sepak, legenda dunia mula sertai kempen 'Eyes on Rafah'
BERIKUTAN tragedi yang sedang berlaku di Palestin, semua orang tidak kira di mana sedang bersatu menyatakan solidariti terhadap nasib yang menimpa rakyat di sana.

Legenda bola sepak Beckham hangatkan pelancaran AMGFP
Kehadiran ikon bola sepak Inggeris, David Beckham pada program Adidas Bola Sepak Wanita Malaysia (AMGFP) menggamatkan suasana pelancarannya.

David Beckham luang masa bertemu Safee Sali
Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mendapat peluang secara eksklusif untuk bertemu David Beckham di ibu kota hari ini.

Beckham terpukau keindahan Kuala Lumpur, KLCC
LEGENDA Manchester United, David Beckham mengakui teruja dengan keindahan pemandangan Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

"Wow...what a view!" David Beckham kagum dengan Malaysia
Ikon bola sepak, David Beckham menyatakan kekagumannya dengan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.

Beckham lihat potensi England rangkul trofi Euro
David Beckham melihat potensi pemain muda England menamatkan kemarau beberapa dekad untuk meraih trofi pada Kejohanan Euro di Jerman tahun depan.

Siapkan pakaian seminggu, David Beckham dedah kehidupan hidap OCD dalam dokumentari
Saya menghidap OCD di mana saya harus menempatkan semuanya dalam satu garis lurus atau semuanya harus berpasangan, kata Beckham.

David Beckham ada calon sesuai pulihkan Manchester United
Bekas bintang Manchester United, David Beckham, percaya dia mengenali individu yang sesuai untuk mengambil alih dan memulihkan nasib kelab itu.