BARU sahaja mula tayangan, filem aksi komedi terhebat iaitu Polis Evo 3 sudah menjadi trending di laman TikTok dan mendapat respons positif daripada penonton.
Boleh katakan semua penonton yang menonton memberi pujian terhadap filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures.
Selain aksi, penonton menganggap filem itu penuh dengan elemen kekeluargaan dan persahabatan yang sememangnya sesuai untuk ditonton semua golongan.
Kemunculan watak ‘villain’ baharu iaitu Reza yang dilakonkan oleh aktor hebat Sharnaaz Ahmad dalam Polis Evo 3 turut mendapat pujian daripada penonton.
“The only villain in a local action movie that made me tear up. Congrats to the whole squad.
“Izrail villain Polis Evo 1 *Izrail pengedar dadah, Saif villain Polis Evo 2 *Saif ketua pengganas ajaran sesat, Reza villain Polis Evo 3 *Reza bekas anggota polis. Mengalami tekanan jiwa dan mental,” komen penonton.
Malah, YouTuber terkenal dengan ulasan filem iaitu Zhafvlog juga mengajak semua orang menonton filem yang penuh dengan elemen yang sepatutnya ada dalam karya itu.
“Infinity Stars. Filem Ini Lagi Kuat Boh! Khai dan Sani perlu hadapi ancaman yang merupakan ex-partner Khai yang lalu.
"PE3 kini kembali ke ramuan asal PE1 dengan memfokuskan tema buddy-cop.
“Tanpa mengurangkan elemen penuh aksi dan kekeluargaan. Must watch!” komen Zhafvlog.
Sementara itu, pempengaruh terkenal di laman sosial iaitu Faiz Zainal turut memuji jalan cerita, lakonan dan CGI filem arahan pengarah Syafiq Yusof.
“Polis Evo 3 - Masih lagi ada evo, tapi bukan aksi kereta. Kali ini aksi yang luar biasa daripada Sam, Zizan dan Sharnaaz.
"Yang ke-3 ini lain sikit yang boleh relate, aksi padu, lakonan power, CGI boleh tahan dan ada beberapa watak cameo.
“Cuma rasa macam tak cukup sejam lebih. Keganasan Reza (Sharnaaz) boleh diserlahkan lagi.
"Tak ada plot twist dan mudah faham. Kalau tambah lagi Reza vs Khai dan Sani, mesti lagi boom!” komen Faiz Zainal.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.
Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. -Gempak
Gempak
Fri May 26 2023
Kemunculan watak villain baharu iaitu Reza yang dilakonkan oleh aktor hebat Sharnaaz Ahmad (kanan) dalam Polis Evo 3 turut mendapat pujian daripada penonton. -Gempak
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AWANI Tonight 15 Jan 2025
AWANI Tonight with @fayekwan_
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI
Peruntukan RM100 juta menerusi TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan agenda pemerkasaan ekonomi masyarakat India menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif.
AWANI Tonight: TikTok refugees' flock to China’s Rednote before Jan 19 ban
Ahead of TikTok's looming U.S. ban, many American social media users are migrating to the Chinese app Xiaohongshu, which recently topped Apple's U.S. App Store.
Consider This: Multidimensional Poverty in the 21st Century
Despite decades of progress, poverty continues to trap millions in cycles of deprivation, and conventional measures often fail to reflect the full scope of their struggles. The Multidimensional Poverty Index, developed by the Oxford Poverty and Human Development Initiative, offers a revolutionary way to understand and address poverty by looking at deprivations in education, health, and living standards. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Sabina Alkire, Director of the Oxford Poverty and Human Development Initiative. Together with Professor James Foster, she developed the Alkire-Foster method for measuring multidimensional poverty.
MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.
AWANI Tonight: Companies must hire 3 interns for every expat worker
Companies hiring expatriates must offer up to three internship placements for local university students as part of the HR Ministry's 1:3 Internship Policy, with the pilot phase to start from Feb 15.
AWANI Tonight: Meta to lay off 5 percent of 'lowest performers'
Meta plans to cut 5 percent of its lowest performers and refill those roles within the year, as CEO Mark Zuckerberg signals more job cuts to boost performance while investing in AI infrastructure.
Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings (AMH) Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Dua filem aksi blockbuster 'Polis Evo 3' dan 'Fast X' tiba di Astro First
Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus kepada yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.
Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.
#PE3: Mantap boh! Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi
Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.
Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.
#PE3: Sharnaaz syukur tetap dipilih Joel Sol walau didakwa baran, suka mengamuk
Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun namanya sering dilabel antara pelakon yang sukar beri kerjasama terhadap tenaga produksi.
Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.
Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa
Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomena dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!
#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.
Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.