PELAKON dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di kampung halaman Fikry atau nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, di Jitra, Kedah.

Majlis pernikahan berlangsung di kampung halaman Fikry di Jitra, Kedah.

Menurut kenalan terdekat Fikry, majlis tersebut diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri kaum keluarga dan rakan rapat di sebuah masjid.

"Betul Fikry sudah bernikah hari ini. Dia ada menjemput tetapi saya tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja.

"Apa yang saya tahu, isterinya, Khalizah merupakan bekas pramugari dan berasal dari Borneo. Isterinya juga pernah terbabit dalam dunia hiburan sebelum ini," ujar sumber yang enggan dikenali kepada Sinar Harian.

Majlis pernikahan diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan rapat.

Berdasarkan video tular yang sebelum ini dikongsikan jurumekap pengantin perempuan, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Bagaimanapun setakat ini, Fikry masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkahwinannya. -- Sinar Harian