PELAKON dalam siri drama terkenal 'Friends' James Michael Tyler, yang memegang watak Gunther, meninggal dunia pada usia 59 tahun.
Tyler menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Los Angeles pada Ahad, kata pengurusnya dalam satu kenyataan.
"Tyler seorang yang sangat baik dan disenangi orang ramai," katanya.
Mendiang meninggalkan isteri, Jennifer Carno.
Tyler disahkan menghidap barah prostat tahap 4 pada 2018 dan ia kemudian merebak kepada tulangnya.
"Mendiang ingin membantu seramai orang yang mungkin dengan berkongsi tentang penyakit dihadapnya supaya orang ramai akan menjalankan ujian darah bagi mengesan barah prostat setelah menjangkau usia 40 tahun," tambah pengurusnya lagi.
BACA: Pelakon Gunther dalam siri 'Friends' menghidap barah prostat tahap 4
Walaupun tidak mendapati watak utama dalam sitcom Friends, Gunther sangat popular dalam kalangan peminat siri itu.
Gunther merupakan pelayan serta pengurus sebuah kafe yang terletak di Central Perk.
Dalam siri itu, Gunther jatuh hati pada watak yang dimainkan Jennifer Anniston, Rachel, yang juga bekerja sebagai pelayan di kafe berkenaan.
"Seluruh dunia mengenali mendiang sebagai Gunther namun ahli keluarga dan rakan baiknya kenali dia sebagai seorang pelakon, pemuzik, aktivis kesedaran barah dan seorang suami yang penyayang," kata pengurusnya.
Tyler muncul dalam hampir 150 episod siri komedi itu yang disiarkan oleh NBC dari tahun 1994 sehingga 2004.
Pada bulan Mei lepas, Tyler muncul dalam siri khas 'Friends: The Reunion" melalui aplikasi Zoom.
Selain Friends, Tyler turut membintangi dua filem pendek, 'The Gesture' dan 'Word and Processing', serta memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam beberapa festival filem.
Astro Awani
Sun Oct 24 2021

Tyler muncul dalam hampir 150 episod siri komedi itu yang disiarkan oleh NBC dari tahun 1994 sehingga 2004. - Foto REUTERS

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Enam sahabat 'gila-gila' dari Manhattan kembali hari ini dalam 'Friends: The Reunion'
'Friends: The Reunion' dapat ditonton menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei jam 3.01 petang.