PELAKON Avaa Vanja, 42, sah bercerai talak dengan pemuzik, Aamil Sulaiman, 36, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin.
Avaa yang memfailkan tuntutan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak) pada Disember tahun lalu berkata tidak pernah menyimpan dendam terhadap bekas suami, sebaliknya berharap masing-masing meneruskan kehidupan dengan tenang.
Katanya, selepas lebih lima bulan melalui konflik hingga tidak tinggal sebumbung, perceraian menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.
“Saya lega kerana akhirnya kami dapat mencari jalan penyelesaian terhadap krisis rumah tangga kami hari ini menerusi persetujuan bersama dan dilakukan secara damai.
“Selepas hampir dua bulan turun naik mahkamah, hari ini saya sah diceraikan talak satu.
"Walaupun lega, jauh di sudut hati tentu saja saya sedih kerana kami pernah melalui kehidupan bersama 10 tahun.
“Siapa yang tak ingin bahagia ke hujung usia? Namun kita tak mampu menolak aturan Allah.
"Jodoh, ajal dan maut ketentuan-Nya. Ada pasangan lebih baik hanya menjadi sahabat berbanding memaksa diri meneruskan ikatan.
“Saya mahu ‘move on’, teruskan kehidupan membesarkan anak.
"Walau apa pun yang berlaku antara kami, saya ikhlas memaafkannya, begitu juga harapan saya padanya.
"Tiada dendam,” katanya.
Buat masa ini hak penjagaan sementara satu-satunya cahaya mata mereka, Merlissa, 10, diberikan kepadanya.
Terdahulu, pada Oktober lalu pelakon "Hantu Kak Limah Balik Rumah" itu membuat laporan polis mendakwa dirinya dan anak berdepan penderaan domestik.
BACA: Pelakon Avaa Vanja tuntut cerai
BACA: Avaa Vanja mohon hak penjagaan penuh, failkan injuksi halang suami bawa anak ke AS
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Wed Feb 09 2022

Avaa Vanja, 42, sah bercerai talak dengan pemuzik, Aamil Sulaiman, 36, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin. -Gempak
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.
150,000 pelawat dijangka berkunjung ke jambatan angkat tahun ini
Kerajaan Terengganu menyasarkan 150,000 pengunjung ke jambatan angkat tahun ini, didorong oleh pelbagai program yang dirancang serta pemerkasaan kerjasama dengan penggiat pelancongan.
Bencana banjir: mangsa di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi Isnin, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga, pada Ahad.

150,000 pelawat dijangka berkunjung ke Jambatan Angkat tahun ini
Sejak mula beroperasi pada 2019, Jambatan Angkat yang dibina dengan kos RM249 juta telah menerima 595,579 pelawat dari dalam dan luar negara.

Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
Ujian poligraf akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri AS terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Pelakon 'Hantu Kak Limah' Avaa Vanja sah bercerai talak satu
Buat masa ini hak penjagaan sementara satu-satunya cahaya mata mereka, Merlissa, 10, diberikan kepadanya.

Avaa Vanja mohon hak penjagaan penuh, failkan injuksi halang suami bawa anak ke A.S
Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini (Isnin) di Mahkamah Tinggi Syariah setelah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember 2021.

Pelakon Avaa Vanja tuntut cerai
Avaa Vanja telah menandatangani wakalah menuntut perceraian daripada suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.