KUALA LUMPUR: Seniman Jalil Hamid dilaporkan mengalami masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, pada Selasa.
Menurut pelakon veteran itu, antara tanda awal dialami adalah gangguan pernafasan yang terjadi sejak dahulu.
Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, berkata, dia bagaimanapun, sudah dibenarkan pulang ke rumah.
" Pada awalnya, saya rasa sesak nafas dan pergi mendapatkan rawatan di hospital. Kemudiannya, doktor memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung.
"Bagaimanapun, saya dibenarkan ke rumah, semalam selepas menerima rawatan di hospital," katanya seperti dilaporkan portal berita BH Online pada Rabu.
Pelakon filem Bisik Pada Langit itu berkata, buat masa ini, dia hanya menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
"Doktor ada menjalankan ujian darah dan akan memaklumkan kepada saya tarikh hadir semula ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Buat masa ini, saya berada di rumah dan tahap oksigen juga perlu dipantau rapi," lapor portal itu lagi.
Dalam masa sama, Jalil menjelaskan, dia memilih untuk menolak berada di wad hospital kerana mahu memberi ruang kepada pesakit lain yang lebih memerlukan.
"Sebenarnya, saya masih perlu dirawat di hospital. Tetapi, saya rasa kasihan melihat pesakit lebih teruk, saya
minta untuk pulang dan berehat di rumah sahaja.
"Saya lihat ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil dan ada yang perlu menunggu lama. Ada juga saya lihat berbaring di laluan hospital. Jadi, saya beritahu pihak hospital untuk pulang," kata Jalil lagi.
Astro Awani
Thu Mar 09 2023

Seniman Jalil Hamid dilaporkan mengalami masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, pada Selasa. - Gambar Facebook
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

PM hulur sumbangan kepada seniman veteran Jalil Hamid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan dan keselamatan kepada seniman veteran, Jalil Hamid yang sedang diuji dengan masalah kesihatan jantung.

Jantung bengkak, Jalil Hamid hilang 30 kilogram
Jalil akan muntah setiap kali selepas makan sehingga memaksanya untuk hanya menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.

Pelakon Jalil Hamid alami masalah jantung
Pelakon veteran itu alami sesak nafas dan dirawat di ICU Hospital Serdang, namun, sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"Award, nak buat batu nisan pun tak laku" - Selepas Jalil Hamid giliran Noorkhiriah bersuara
Selepas pelakon veteran Jalil Hamid baru-baru ini menyuarakan keluhannya berhubung nasib pelakon yang dibayar murah, kini giliran Noorkhiriah pula melontarkan pendapat.

"Rasa terhina, sia-sia kumpul 8 anugerah pelakon terbaik dan popular" - Jalil Hamid
Pelakon veteran berbakat besar, Jalil Hamid tampil meluahkan rasa hatinya mengenai sikap sesetengah produksi yang tidak masuk akal.