AWAL minggu ini menyaksikan sejarah tercipta di Hollywood apabila pelakon asal Korea Selatan, Oh Young Soo menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di majlis anugerah Golden Globes Ke-79.
Young Soo menerima pengiktirafan tersebut selepas berjaya mencuri hati juri menerusi watak Oh Il Nam dalam drama bersiri popular lakonannya, Squid Game yang ditayangkan di Netflix.
Pelakon berusia 78 tahun itu mengalahkan pesaing-pesaing terdekat seperti Billy Crudup dan Mark Duplass menerusi siri The Morning Show; Kieran Culkin (Succession) dan Brett Goldstein (Ted Lasso).
Kejayaan Young Soo tidak hanya diraikan oleh peminat-peminat di Korea Selatan sahaja, malah rasa bangga itu turut dikongsi sama oleh penonton Squid Game di seluruh dunia.
Pelakon berbakat besar, Fauziah Ahmad Daud juga tidak terkecuali.
Menerusi akaun Instagramnya, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy dilihat turut memuji kredibiliti Young Soo menerusi kemenangannya itu.
“Ni baru aktor hebat, terus menang Best Supporting Actor Anugerah Golden Globe 2022. Tak perlu juta-juta followers.
“Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood, menganugerahkan Oh Young Soo, pelakon drama bersiri Squid Game.
“Takda pun dia terima panggilan ‘otai’. Tapi dia dihormati sebagai aktor senior yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” ujar Ogy.
Menerusi ruangan komen, kelihatan masih ada segelintir yang memanggil pelakon yang berpengalaman dengan panggilan otai. Namun, sekali lagi, Ogy menegaskan supaya tidak terus menggunakan perkataan itu untuk memanggil artis yang lebih senior.
“Apa duk suka panggil pelakon senior ‘otai’? Tak ada dalam kamus perkataan tu. Boleh tak sebut sahaja pelakon senior. Tak susah kan,” tegasnya.
Sepanjang karier,, Ogy telah beberapa kali menerima pengiktirafan daripada Festival Filem Malaysia. Antaranya Pelakon Harapan Terbaik menerusi filem Ceritaku Ceritamu, Pelakon Wanita Terbaik (Ali Setan) dan Puteri serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Langit Cinta).
Gempak
Tue Jan 11 2022

Menerusi akaun Instagramnya, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy dilihat turut memuji kredibiliti Young Soo menerusi kemenangannya itu. - Foto Astro GEMPAK

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

Pelakon "Squid Game" raih trofi Golden Globes: "Tak perlu jutaan followers" - Ogy
Awal minggu ini menyaksikan sejarah tercipta di Hollywood apabila pelakon asal Korea Selatan, Oh Young Soo menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di majlis anugerah Golden Globes Ke-79.