KUALA LUMPUR:"KALAU mengikut biar berakal, kalau menurut biar pintar."
"Pura-pura mencari ayam, ekor mata di anak orang."
Itu antara dialog yang menjadi kegemaran peminat-peminat filem Puteri Gunung Ledang (PGL), naskhah epik fiem Melayu lakonan Puan Sri Tiara Jacquelina dan Datuk M. Nasir.
Selepas 16 tahun usianya, filem tersebut ditayangkan semula secara dalam talian selama 10 hari menerusi platform penstriman video EnfinitiV.Asia selepas mendapat sambutan luar biasa daripada peminat ketika versi Producer's Cut disiarkan di YouTube pada 10 Oktober lalu.
Lebih menarik lagi, para peminat berpeluang menonton versi istimewa membabitkan babak yang disunting dan kisah di sebalik pembikinan filem tersebut dari 13 November lalu hingga 22 November ini.
Enfiniti (M) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, pihaknya memperoleh lebih 5,000 tontonan dan interaksi dalam ruangan sembang selain komen-komen di laman media sosial miliknya selepas ditayangkan di YouTube.
"Kebanyakan peminat filem epik ini berharap agar tayangan filem PGL diteruskan dan video asal teater filem tersebut," kata syarikat itu.
Dalam pada itu, Chief Dream Maker Enfiniti Group yang juga Penerbit Eksekutif PGL, Tiara Jacquelina berkata, secara peribadi beliau sangat terharu dan bersyukur apabila naskhah berkenaan dapat ditonton semula.
"Terlalu banyak memori, kami bertungkus-lumus selama sembilan bulan meredah gunung, laut, pantai, tasik, hutan, air terjun dan sebagainya. Waktu itu saya tak terfikir peminat filem di Malaysia masih mahu menonton filem itu 16 tahun kemudian.
"Lebih tersentuh apabila membaca komen di media sosial yang mengatakan PGL sebagai klasik dan tak jemu ditonton walaupun berkali-kali. Malah, ada yang melabelkan ia sebagai filem Melayu terbaik dan 'berhantu'," katanya.
Dalam masa sama, Tiara Jacquelina mengakui pihaknya juga sangat teruja apabila filem PGL turut ditonton dari peminat di pelbagai negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Sweden, Singapura, New Zealand, Jordan, Kanada dan Indonesia.
"Alhamdulillah impian untuk PGL sampai ke seluruh dunia semakin nyata dan saya bersyukur dengan dedikasi pengarahnya, Saw Teong Hin serta seluruh pihak yang terbabit dalam filem ini," ujar beliau lagi.
Tambah Tiara Jacquelina, lebih menggembirakan dirinya apabila para peminat PGL berkongsi nostalgia masing-masing mengenai filem tersebut.
"Ada juga penonton kalangan kanak-kanak, seusia anak saya, Dani yang kini lebih memahami konteks dan selok-belok peradaban Melayu. Ada di antara penonton yang menonton bersama ibu bapa mereka yang kini sudah pun kembali menemui penciptaNya," katanya.
PGL pernah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice pada tahun 2004 dan mencatat sejarah sebagai filem pertama dari Malaysia yang terpilih ke senarai pilihan rasmi tayangan selain menjadi filem pertama yang telah dihantar untuk Anugerah Akademi tahun 2005 dengan tajuk A Legendary Love serta disenarai pendek antara 50 buah filem dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.
Ia turut memenangi pelbagai anugerah di dalam dan di luar negara, termasuk Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Rekaan Seni Terbaik, dan Skor Muzik Terbaik di Festival Filem Malaysia 2004 manakala Tiara Jacquelina turut memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 50 dan Penerbit Terbaik di Asian Festival of First Films (2005).
Astro Awani
Thu Nov 19 2020
Filem Puteri Gunung Ledang ditayangkan semula secara dalam talian selama 10 hari menerusi platform penstriman video EnfinitiV.Asia hingga 22 November ini.
Pelajar Orang Asli ke Busan kongsi kemahiran robotik
Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Gua Musang mencipta sejarah apabila tiga pelajarnya mewakili Malaysia untuk bertanding di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
Muzikal Puteri Gunung Ledang dibatalkan, Enfiniti mohon maaf
Enfiniti akan mengembalikan semula bayaran tiket yang sudah dibeli oleh penonton secara berperingkat bermula 1 Julai hingga 31 Disember.
Peluang istimewa untuk tonton semula filem Puteri Gunung Ledang
Puteri Gunung Ledang kembali menjadi tumpuan apabila ditayangkan secara dalam talian menerusi platform penstriman video EnfinitiV.Asia.
Kaedah baharu perlu diguna untuk teruskan pementasan teater - Tiara Jacquelina
Penggiat teater harus memikirkan kaedah baharu dalam mendepani cabaran yang dibawa penularan COVID-19.
Bukan rezeki Ashraf bintangi muzikal PGL
Tiara Jacquelina pernah pelawa Ashraf hadir uji bakat watak Hang Tuah untuk teater muzikal Puteri Gunung Ledang.
Tiara Jacquelina cari pengganti 'Puteri Gunung Ledang'
Muzikal kisah cinta Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah bakal dipentaskan di Istana Budaya pada Julai 2020
Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang
Legenda menceritakan puteri berkenaan dikatakan mempunyai rupa paras jelita menjaga Gunung Ledang dan dipercayai masih mendiami gunung itu hingga kini.
Aura Puteri Gunung Ledang mendekati generasi baru
Berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya sejak 20 Mac lalu, tidak keterlaluan untuk meletakkan skala pementasan konsert ini bertaraf dunia.
'Kelahiran semula' lagenda Puteri Gunung Ledang di pentas konsert
Persiapan pementasan Konsert Puteri Gunung Ledang 'Rebirth of The Legend' di Istana Budaya sempena meraikan ulang tahun ke-10 penerbitannya.
Tayangan semula PGL harap dapat pulih semangat negara - Tiara Jacquelina
Penayangan semula filem Puteri Gunung Ledang pada bulan kemerdekaan ini diharap dapat memulihkan kembali semangat Malaysia, kata Tiara Jacquelina.
Puteri Gunung Ledang ditayang semula selepas 10 tahun
Masih ingatkah anda dengan dialog dalam adegan kemuncak filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) yang pernah ditayangkan 10 tahun lalu?