KUALA LUMPUR: Baru dua minggu ditayangkan, filem Penunggang Agama berjaya meraih kutipan RM2 juta.
Dengan kejayaan tersebut, penerbit filem berkenaan, Astro Shaw dan Skop Production mengambil pendekatan proaktif untuk menayangkan filem tersebut di negara jiran, Singapura bermula 15 April ini.
Tayangan filem ini di Singapura sekali gus menjadikan Penunggang Agama sebagai filem pertama yang berjaya menembusi pasaran pawagam luar negara semenjak penularan COVID-19.
Sebagai teraju utama Penunggang Agama, sutradara Syafiq Yusof berkongsi rasa terujanya kerana karyanya itu akan ditonton masyarakat di negara jiran.
Harapan anak kepada pengarah filem veteran tersohor, Datuk Yusof Haslam itu ialah kembara Penunggang Agama ke Singapura akan mencetus keghairahan pencinta filem tempatan untuk kembali ke panggung wayang dan menyokong karya-karya tanah air.
“Saya anggap kejayaan filem Penunggang Agama adalah sokongan yang diberikan daripada peminat dan penonton untuk saya terus perbaiki dan hasilkan karya yang mengikut cita rasa penonton,” kata penerima anugerah Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) itu lagi.
Penunggang Agama yang merupakan naskhah genre seram itu menjalani penggambaran di Cameron Highlands, Pahang ini akan menemui peminat-peminat filem seram di lapan lokasi di Singapura antaranya AMK Hub, The Cathay, Orchard Cinelesirure, Downtown East, dan West Mall.
Filem berkenaan dibintangi oleh Zul Arrifin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz dan Datuk Jalaludin Hassan.
Di Malaysia, Penunggang Agama ditayangkan di saluran Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Mac lalu.
Asyraf Roslan
Mon Apr 12 2021
![Penunggang Agama bakal ditayangkan di Singapura, raih kutipan RM2 juta dalam dua minggu Penunggang Agama bakal ditayangkan di Singapura, raih kutipan RM2 juta dalam dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618208038_penunggangagama.jpg)
Filem arahan Syafiq Yusof ini dibintangi oleh Zul Arrifin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz dan Datuk Jalaludin Hassan.
![Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739609532_KuantanBaseJum.jpg)
Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem
Pahang berpotensi besar untuk menjadi lokasi tumpuan peminat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
![Penunggang Agama bakal ditayangkan di Singapura, raih kutipan RM2 juta dalam dua minggu Penunggang Agama bakal ditayangkan di Singapura, raih kutipan RM2 juta dalam dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618208038_penunggangagama.jpg)
Penunggang Agama bakal ditayangkan di Singapura, raih kutipan RM2 juta dalam dua minggu
Tayangan filem ini di Singapura sekali gus menjadikan Penunggang Agama sebagai filem pertama yang berjaya menembusi pasaran pawagam di luar negara semenjak penularan COVID-19.