WASHINGTON: Penyanyi Rap Sean Kingston dan ibunya, Janice Turner, hadir di Mahkamah Persekutuan Florida pada Jumaat, berdepan dakwaan terlibat dalam skim penipuan menggunakan komunikasi elektronik melibatkan barangan mewah bernilai lebih AS$1 juta.
Kingston, 34, yang nama sebenarnya Kisean Anderson, dan Turner, 61, didakwa awal bulan ini oleh Juri Agung Persekutuan atas satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan komunikasi elektronik dan lima pertuduhan penipuan komunikasi elektronik.
Jika disabitkan kesalahan, mereka masing-masing berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan, menurut laporan United Press International (UPI) yang memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Daerah Selatan Florida.
Pendakwa raya mendakwa Kingston dan Turner memperoleh kereta mewah, barang kemas dan barangan mewah lain melalui cara penipuan dari 11 April 2023 hingga 29 Mac lepas.
Penyanyi itu didakwa menggunakan status selebritinya untuk meyakinkan vendor agar menghantar barangan tanpa bayaran penuh, menggunakan dokumen palsu untuk menunjukkan mereka telah memulakan pembayaran.
Pada Mei, polis menyerbu rumah Kingston di Florida selepas aduan sivil yang diterima menuduhnya tidak membayar sistem hiburan bernilai US$150,000.
Hasil serbuan itu menemukan barangan mewah bernilai lebih US$1 juta dan Turner ditahan di tempat kejadian manakala Kingston diberkas kemudian pada hari yang sama ketika melakukan persiapan untuk membuat persembahan di Fort Irwin, sebuah pangkalan latihan Tentera Darat di Gurun Mojave.
Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan dan tarikh prosiding mahkamah seterusnya ditetapkan pada 9 Ogos.
Pada 2006, Turner mengaku bersalah atas empat pertuduhan memfailkan permohonan pinjaman palsu dan satu pertuduhan penipuan, yang mengakibatkan hukuman penjara 16 bulan dan lima tahun pengawasan, serta perintah untuk membayar balik dana yang dicuri sebanyak US$132,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024
Kingston dan Turner didakwa awal bulan ini oleh Juri Agung Persekutuan atas satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan komunikasi elektronik dan lima pertuduhan penipuan komunikasi elektronik. -Foto Sinar Harian
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Penyanyi rap Sean Kingston, ibu didakwa terlibat dalam skim penipuan AS$1 juta
Penyanyi Rap Sean Kingston dan ibunya, Janice Turner, hadir di Mahkamah Persekutuan Florida pada Jumaat, berdepan dakwaan terlibat dalam skim penipuan menggunakan komunikasi elektronik melibatkan bara
Seksinya Kilafairy, dah macam Nicki Minaj - Netizen
Kilafairy memanjangkan lagi langkahnya dalam dunia seni apabila merakam sebuah single berbahasa Inggeris 'Put The Word In' bersama DJ Aku Ash dan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston.
Berduet dengan Sean Kingston, mampukah Kilafairy ke peringkat antarabangsa?
Percubaan Kilafairy menembusi pasaran antarabangsa berhasil apabila berjaya merakamkan sebuah lagu duet berjudul "Put The Word In" dengan penyanyi Hollywood, Sean Kingston.