Menerusi laman sosial Facebook, Khairy yang mendapat jolokan ‘tall, dark and handsome’ itu menghiasi muka depan majalah Unreserved Media bulan September 2019.

Perkongsian di laman Instagram majalah berkenaan juga menunjukkan ahli politik berusia 43 tahun itu tampil eksklusif, maskulin dengan imej berjambang, persis model lelaki antarabangsa.

Selain tampil penuh bergaya, tatarias rambut terbaru Khairy juga memperlihatkan personaliti dan sisinya yang berbeza.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata wargamaya memuji penampilan Khairy itu yang disamakan seperti hero popular filem tamil, Rajinikanth.

Selain Unreserved Media, terdahulu wajah Khairy pernah menghiasi beberapa majalah popular tempatan seperti Maskulin dan Men’s Health.