PEMPENGARUH media sosial berasal dari Indonesia, Mimi Peri akui teruja menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kali.
Kata Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, seumur hidupnya, belum pernah dia ke luar negara sehinggalah ditaja oleh Datuk Fizz Fairuz sebagai pelakon yang membintangi filem Mat Tudung Begins.
“Sejujurnya saya tidak pernah ke luar negara atau ke mana-mana selain kampung saya.
“Jadi apabila dibawa ke Malaysia saya teruja sekali. Sebelum ini saya hanya melihat KLCC di televisyen. Kali ini alhamdulillah saya sudah datang melihat sendiri menara itu dan bergambar.
"Saya berterima kasih kepada Fizz kerana menawarkan untuk berlakon dalam Mat Tudung Begins, sekali gus memberi peluang buat saya berkunjung ke Malaysia," katanya kepada Astro Gempak.
Mimi yang popular dengan video memanggil orang bangun sahur itu ditemui ketika majlis tayangan perdana Filem Mat Tudung Begins di TGV Cinema, One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Bercerita lanjut mengenai kunjungannya di KLCC baru-baru ini, Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar.
"Saya senang sekali apabila ramai peminat di sini mahu mengambil gambar bersama saya.
“Terkejut juga kerana ramai yang mengenali saya ke mana sahaja saya pergi. Ini pertama kali saya ke luar negara, jadi tak sangka dengan penerimaan orang terhadap saya,” ujarnya.
Selain Mimi Peri, Mat Tudung Begins turut dibintangi Fizz Fairuz, Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Fazlina Datuk Ahmad Daud.
Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini. -Gempak
Gempak
Mon Jul 31 2023
![Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690798967_TBMimiPeri.jpg)
Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar. -Gempak
![Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708945396_TBQURAN.jpg)
Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
![JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0 JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
![Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin” Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793021_TBMohammadMustafa.jpg)
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
![Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690798967_TBMimiPeri.jpg)
Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC
Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar.