“KOMPETISI (pertandingan) bukan tempat aku.”
Itu respon penyanyi Indonesia, Nadin Amizah ketika ditanya mengenai peluang untuk menyertai pertandingan nyanyian seperti Big Stage bagi mengembangkan bakatnya di Malaysia.
Menurut pelantun yang popular dengan lagu "Bertaut" ini, dia pernah berada di dalam pertandingan dan tahu bagaimana susah untuk berada di dalam acara itu.
“Banyak peraturan yang perlu saya ikut, dan saya rasa saya boleh membuat peraturan sendiri, jadi tidak buat masa ini,” katanya kepada media pada Jumaat.
Soal mengembangkan bakat di Malaysia, Nadin percaya kepada rezeki daripada yang Maha Esa.
“Kalau soal mengembangkan bakat di Malaysia, saya percaya Allah akan memberi jalannya, namun jika memasuki pertandingan, mungkin tidak,” tambahnya.
BACA: Nadin Amizah teruja mahu bertemu peminat di Malaysia
Nadin ditemui selepas sidang media Konsert Selamat Ulang Tahun oleh Nadin Amizah yang diadakan di ibu kota.
Penyanyi berusia 23 tahun ini sudah tidak sabar untuk bertemu dengan peminat di Malaysia.
Bakal menyanyikan 18 buah lagu, Nadin berharap peminatnya disini akan berasa puas dengan persembahan yang berkonsepkan theaterical musical.
Konsert Selamat Ulang Tahun oleh Nadin Amizah akan berlangsung pada 21 Januari di Zepp Kuala Lumpur.
Asyraf Roslan
Sat Jan 21 2023

Bakal menyanyikan 18 buah lagu, Nadin berharap peminatnya disini akan berasa puas dengan persembahan yang berkonsepkan theaterical musical. Foto: IG/@cakecaine

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pertandingan nyanyian bukan tempatku - Nadin Amizah
Menurut pelantun yang popular dengan lagu Bertaut ini, dia pernah berada di dalam pertandingan maka dia tahu bagaimana susah untuk berada di dalam acara itu.

Nadin Amizah teruja mahu bertemu peminat di Malaysia
Nadin Amizah akan menyampaikan 15 buah lagu antaranya ialah Menangis di Jalan Pulang, Hormat Kepada Angin, Paman Tua dan Sorak Sorai.