Muzikal The Phantom of the Opera yang julung-julung kali menemui penonton di Malaysia, bukan sahaja diminati kerana kualiti dalam pementasannya.
Sebaliknya, apa yang menarik adalah watak-watak yang diwujudkan mudah difahami dalam konteks masyarakat, biarpun kisah asalnya sudah menjangkau usia lebih 100 tahun.
Perkara itu dipersetujui teraju utama The Phantom of the Opera, yang berpendapat setiap watak menjadikan naskah yang diterbitkan pada 1910 itu cukup kuat.
"Orang hanya nampak The Phantom sebagai obses. Tetapi ramai yang tidak sedar dia membawa persona seorang manusia biasa yang tidak sempurna.
"Dia dibuang oleh ibu sendiri kerana kecacatan pada wajahnya, sekaligus membuatkan dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dan bergaul dengan orang ramai.
"Dia menjadi obses dengan Christine DaaƩ kerana itulah kali pertama dia merasai perasaan cinta, dan dia tidak tahu bagaimana untuk menanganinya," kata Jonathan Roxmouth yang memegang watak The Phantom atau Erik.
Roxmouth yang kali kedua diamanahkan memikul watak besar itu selepas kali pertama melakukannya lapan tahun lalu, mengakui belajar banyak perkara daripada The Phantom.
"Di sebalik perwatakannya, The Phantom seorang yang jujur. Apa yang dipaparkan adalah terus dari hatinya.
"Saya ambil contoh, lelaki kebiasaannya sukar mahu menangis. Tetapi The Phantom tidak begitu. Dan saya harap masyarakat sedar tidak ada salahnya apabila lelaki menangis," tambahnya.
Bagi Matt Leisy yang membawa Raoul, pesaing The Phantom untuk mendapatkan cinta Christine, dia tidak merasakan kedua-dua watak itu sebagai antagonis kerana masing-masing mempunyai motif tersendiri.
"Kedua-dua watak melakukan sesuatu yang nampak jahat, tetapi ia dilakukan atas dasar cinta terhadap Christine.
"Raoul mungkin nampak lebih simple. Dia hanya seorang lelaki biasa yang jatuh cinta dengan Christine dan kerana itu penonton lebih mahukan dia dan Christine bersama.
"Watak The Phantom pula lebih kompleks kerana latar belakangnya yang bukan sahaja seorang music genius, tetapi juga mempunyai personaliti yang sangat misteri," kata Leisy yang turut aktif dalam lakonan televisyen dan filem.
Leisy menganggap Raoul sebagai pencetus kepada konflik dalam kisah itu kerana sering dilihat sebagai 'orang ketiga' pada peringkat awalnya.
"Bayangkan jika Raoul tiada, The Phantom tidak akan menjadi agresif dan cerita ini tidak akan menjadi sehebat seperti yang diketahui ramai," ujarnya.
Pemilik watak Christine DaaƩ, Meghan Picerno, menyifatkan watak itu sebagai istimewa kerana semangat yang dimilikinya.
"Christine seorang yang penuh dengan semangat dan kasih sayang. Dia menterjemah kedua-dua elemen itu dalam setiap inci kehidupannya.
"Setiap hari menjadi Christine di atas pentas, dia memberi saya inspirasi bagaimana mahu menjalani hidup," kata Picerno.
Naskah asal The Phantom of the Opera ditulis oleh Gaston Leroux dan diterbitkan sebagai novel pada 1910, sebelum diadaptasi ke pentas teater sebagai muzikal di West End oleh Andrew Llyod-Webber bermula pada 1986, dan Broadway bermula pada 1988.
Sehingga kini, ia masih dipentaskan di kedua-dua lokasi berprestij itu.
Pada tahun 2004, ia diangkat ke layar perak oleh Llyod-Webber, yang menyaksikan Gerard Butler, Emmy Rossum dan Patrick Wilson memegang watak utama.
The Phantom of the Opera sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 7 Julai depan.
BACA: Sampai bila pentas kita mahu 'dihantui' semangat luar?
Madiha Abdullah
Sat Jun 22 2019
Watak-watak yang diwujudkan mudah difahami dalam konteks masyarakat. - Base Ent
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
The Phantom of the Opera: 'Tiada salahnya jika lelaki menangis'
Apa yang menarik adalah watak-watak yang diwujudkan mudah difahami dalam konteks masyarakat.