PELAKON popular Indonesia Rezky Aditya akhirnya membuka mulut selepas beberapa hari kecoh mengenai keputusan yang dikeluarkan mahkamah Tinggi Banten mengenai status seorang anak dari wanita bernama Wenny Ariani.
Tahun lalu, Wenny mendakwa telah melahirkan anak Rezky secara luar nikah. Rezky pula pada waktu itu telah berkahwin dengan Citra Kirana dan kini mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Kekey.
Rezky pada waktu itu bagaimanapun tidak melayan dakwaan telah menghamilkan Wenny sehingga melahirkan seorang anak perempuan.
Untuk membuktikan dirinya tidak melakukan fitnah, Wenny akhirnya membawa kes tersebut di mahkamah sebelum pihak berkuasa memutuskan Rezky sebagai bapa kepada anak tersebut.
Tidak mahu perkara terus menjadi kontroversi, Rezky yang memberi kenyataan ditemani isteri dan peguamnya mengatakan bersedia melakukan ujian DNA dan akan bertanggungjawab penuh jika dirinya terbukti sebagai bapa kandung Kekey.
“Ini semua saya lakukan, semata-mata karena alasan kemanusiaan dan untuk memutus keraguan keputusan mahkamah,” kata Rezky Aditya seperti dilaporkan media tempatan.
Dia kemudian berkata: “Saya akan bertanggung jawab dan memenuhi kewajiban saya sebagai orang tua, jika memang proses tes DNA dilakukan dan hasilnya membuktikan saya ayah kandungnya.
"Saya memastikan bahwa saya akan menyayangi dan menafkahinya.”
Dalam sidang media yang sama, Rezky Aditya juga meminta maaf atas perbuatan tidak terpuji dirinya di masa lalu bersama Wenny Ariani apabila semua tuduhan yang dilayangkan wanita itu terbukti.
"Mohon maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia beserta seluruh keluarga saya dan juga penggemar saya, saya minta maaf atas masa lalu saya," katanya.
Walaupun mahkamah telah memutuskan Rezky Aditya adalah bapa kepada Kekey, namun keputusan tersebut akan gugur apabila pelakon berusia 37 tahun itu berjaya membuktikan dirinya bukan bapa kepada anak perempuan itu melalui ujian DNA.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sun May 29 2022

Rezky (kiri) meminta maaf atas perbuatan tidak terpuji dirinya di masa lalu bersama Wenny Ariani apabila semua tuduhan yang dilayangkan wanita itu terbukti.- Gempak

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Punya anak luar nikah, Rezky Aditya: "Saya minta maaf atas masa lalu"
Rezky Aditya meminta maaf atas perbuatan tak terpuji dirinya di masa lalu bersama Wenny Ariani.