SELEPAS didakwa hubungan cinta bersama Dini Schatzmann telah berakhir, pelakon dan penyanyi Janna Nick menjelaskan dia aktor tersebut masih berkawan baik dan bersikap profesional antara satu sama lain.
Tiada perasaan benci yang timbul dalam hati, Janna, 27, berkata dirinya kini hanya mahu fokus dengan kerjaya seni. Namun sekiranya ada berita gembira, maka akan dikongsikan kepada umum kelak.
“Untuk 2023 saya akan fokus pada kerja dahulu. Kalau ada benda baik untuk dikongsikan akan saya kongsi. Untuk sekarang, saya hanya mahu fokus dengan kerja.
“Saya masih berkawan dengan dia (Dini), tiada perasaan benci, tiada perasaan rasa tak nak tengok. Masih profesional.
“Lagipun kami masih ada kerja yang menuntut untuk kami berjumpa dan bekerjasama. Doa yang baik-baik,” ujarnya kepada Gempak.
Janna berkata ketika demikian usai dia membuat persembahan dalam Show Songbirds di atas kapal persiaran Genting Dream Cruise, baru-baru ini.
Dalam masa sama, pelantun lagu Gatal itu berkata dirinya akan lebih berhati hati selepas ini mengenai soal cinta.
“Kalau cakap pasal kisah cinta saya akan lebih berhati-hati selepas ini, kerana itu yang terbaik saya rasakan,” tambahnya.
Terdahulu, Janna tampil menjawab khabar angin yang mendakwa hubungan cinta bersama Dini telah berkahir.
Kata Janna, lagu terbaharunya berjudul Mentari Setia karya ciptaan bersama Ippo Hafiz menjadi luahan isi hati bagi menjawab pelbagai spekulasi yang timbul antara dirinya dengan Dini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Gempak
Wed Jan 18 2023

Tiada perasaan benci yang timbul dalam hati, Janna (kanan), berkata dirinya kini hanya mahu fokus dengan kerjaya seni. Namun sekiranya ada berita gembira, maka akan dikongsikan kepada umum kelak. - Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Ustaz Wadi jelas isu hadir majlis perkahwinan Janna Nick
Ustaz Wadi menegaskan bahawa kehadiran beliau ke majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann hanyalah sekadar meraikan hukum undangan kenduri kahwin yang mana ia wajib untuk dipenuhi.

Janna Nick sah jadi isteri Dini Schatzmann dengan sekali lafaz
Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Status hubungan dengan Janna Nick: 'Tunggu lepas Ramadan' - Dini Schatzmann
Status hubungan cinta antara pasangan selebriti terkenal Dini Schatzmann dengan Janna Nick masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Putus cinta? Janna dan Dini masih berkawan baik, tiada perasaan benci
Selepas didakwa hubungan cinta bersama Dini Schatzmann telah berakhir, pelakon dan penyanyi Janna Nick menjelaskan dia aktor tersebut masih berkawan baik dan bersikap profesional antara satu sama lain