PENGACARA dan pelakon Qi Razali mengakui sudah menghantar rombongan untuk merisik kekasihnya, Nia Atasha Rosli, 22, baru-baru ini.
Menurut Qi, buat masa sekarang dia masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu.
“Alhamdulillah, saya sudah menghantar rombongan untuk merisik dan kedua-dua keluarga sudah pun bertemu.
“Buat masa sekarang saya masih tidak mempunyai tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan.
“Mungkin kami akan bertunang pada tahun ini namun jika sudah ada tarikh saya akan umumkan pada semua.
“Saya berharap agar semuanya akan dipermudahkan kerana saya bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.
Qi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single baharu kumpulan OAG, di Cofee Bean Midvalley, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Qi dan Nia telah menjalinkan hubungan cinta sejak hampir dua tahun lalu.
Terdahulu, Qi pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dengan pelakon Nelydia Senrose.
Gempak
Tue Jul 17 2018

Qi dan Nia telah menjalinkan hubungan cinta sejak hampir dua tahun lalu. Foto Instagram Qi

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Nur Nilam Sari bernikah, M. Nasir dendangkan lagu khas
PUTERI kepada penyanyi legenda, Datuk M. Nasir, iaitu Nur Nilam Sari, selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya, Rahman Saharddin, pada Sabtu.

Anggota Abba Bjorn Ulvaeus kahwini pasangan
Anggota kumpulan Abba Bjorn Ulvaeus telah berkahwin dengan pasangannya Christina Sas dalam satu majlis yang dikendalikan oleh hos program "QI," Sandi Toksvig, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.

'Pi mai pi mai tang tu', Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami, isteri
Pelakon yang popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.

Musa Hassan kahwini Qistina Lim
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

ADUN Pengkalan Kubor selamat dirikan rumah tangga
Calon Pas yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya negeri (PRN), Sabtu lalu, selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pasangannya, Selasa lalu.

Sah Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.

Datuk Bandar Mexico kahwini buaya sempena pesta menuai
Buaya berusia 7 tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.

Anak Eminem, Alaina Scott berkahwin
Berita gembira itu dikongsi Scott sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.