TERKENAL dengan vokalnya yang mantap, penyanyi Idayu muncul dengan karya terbaru berjudul Jangan Menangis Cinta.
Lagu tersebut adalah hasil tulisan Siti Rosmizah dan digubah oleh Mohariz Yaakup.
Menurut penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga ini, penjiwaan dalam nyanyian adalah satu aspek yang sangat penting untuk mempersembahkan naskah Jangan Menangis Cinta dengan berjaya.
Jelas Idayu atau nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob, lagu tersebut menceritakan tentang kisah sesebuah percintaan atau perhubungan suami isteri yang tidak pernah menghargai pasangan masing-masing.
"Lagu ini menceritakan tentang hubungan dalam percintaan atau perhubungan suami isteri yang tidak pernah menghargai pasangan masing-masing.
“Dalam perhubungan itu, salah seorang tidak bahagia dan pasangannya pula mendustai hubungan mereka.
"Ketika rakaman lagu ini, saya cuba membawa watak seperti dalam lirik yang ditulis dengan indah oleh Kak Siti Rosmizah.
“Membawa jiwa dalam nyanyian adalah lebih berat. Dengan berkat bimbingan Abang Mohariz dan Afif Tirmizie sebagai penerbit vokal, saya berjaya melakukannya,” katanya.
Tambah Idayu, dia menerima tawaran daripada Mohariz untuk menyanyikan lagu tersebut setelah mendengar demo yang dihantar kepadanya.
Melodi lagu yang indah membuatkan Idayu tertarik dan tidak mahu melepaskan peluang bekerjasama dengan komposer senior yang berpengalaman itu.
Selain keindahan melodi, Idayu juga merasakan Jangan Menangis Cinta mempunyai keunikan dan berbeza berbanding kebanyakan lagu-lagu pop Melayu yang sudah berada di pasaran negara ini.
“Saya mendapat panggilan daripada Abang Mohariz yang mahu memberi peluang untuk menyanyikan lagu ini. Saya menerimanya setelah beliau menghantar demo kepada saya. Melodi lagunya indah dan sangat menarik. Bagi saya inilah peluang bekerja dengan komposer senior dan berpengalaman. Sebelum ini Abang Mohariz pernah menulis lirik untuk lagu saya iaitu Kasih Yang Terpisah pada tahun 2005.
“Lagu yang ditulis ini sangat berbeza dari segi struktur chord dan flow lagunya. Ia sangat berbeza daripada lagu-lagu pop Melayu yang ada dipasaran sekarang,” jelasnya.
Difahamkan, proses rakaman pula, ia hanya mengambil masa satu jam memandangkan Idayu telahpun menghafal lagu tersebut sebelum hadir ke studio rakaman.
Idayu berharap agar para peminatnya juga peminat karya Siti Rosmizah dapat memberikan sokongan sebaik mungkin kerana Jangan Menangis Cinta adalah satu hadiah ikhlas dari hatinya.
Untuk makluman, Jangan Menangis Cinta adalah runut bunyi untuk drama 40 episod mengunakan tajuk sama (Jangan Menangis Cinta).
Drama Jangan Menangis Cinta dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Remy Ishak, Amyra Rosly, Yusuf Bahrin, Dato’ Jalaluddin Hassan, Rita Nadira, Lisdawati, Catriona Ross dan ramai lagi.
‘Jangan Menangis Cinta’ kini boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 11 2022

Idayu berharap agar para peminatnya dapat memberikan sokongan sebaik mungkin kerana Jangan Menangis Cinta adalah satu hadiah ikhlas dari hatinya. - Gempak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Rakaman hanya 1 jam? Idayu tampil dengan single 'Jangan Menangis Cinta'
Jangan Menangis Cinta mempunyai keunikan dan berbeza berbanding kebanyakan lagu-lagu pop Melayu yang sudah berada di pasaran negara ini.

"Super duper talented!" - Peminat puji Idayu tiru suara Michael Jackson dan Rahmat Ekamatra
Selain menyanyi dan mempunyai vokal yang mantap, pemenang AF Megastar, Idayu mempunyai bakat dalam 'meniru' suara artis.

'Showgirl' AF Megastar, Marsha Milan dedah rahsia kekal sampai final
Bintang AF Megastar, Marsha Milan mengakui dia dibantu oleh 20 orang kru belakang tabir yang menjaga dan menguruskan persembahannya setiap minggu.

Idayu juara AF Megastar 2017
Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM100,000.

Siapa bakal juara AF Megastar? Ini ramalannya!
Lima bintang iaitu Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir bakal bersaing untuk merangkul gelaran juara AF Megastar sekaligus merebut wang tunai berjumlah RM100 000.

AF Megastar: Ini sebab kenapa Idayu menangis ketika terima 'standing ovation'
Penyanyi Idayu akui tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika menerima 'standing ovation' terutama daripada juri tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS selepas persembahan pertamanya di Dewan Teater Sha

Markah penuh 5 bintang AF Megastar yang berjaya melangkah ke final!
Selepas beradu vokal dalam Konsert Homecoming dan berentap selama lima minggu di pentas AF Megastar, akhirnya hanya lima bintang yang bakal melangkah ke pusingan akhir minggu hadapan.

AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.

Shahir janji kelainan di AF Megastar Homecoming malam ini!
Penyanyi Shahir akui menjanjikan kelainan dalam lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan di Konsert AF Megastar Homecoming malam ini.