LIRIK lagu dengan bait "Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa" kini menjadi trending dan tular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia.
Biar ramai yang ikut ‘bersiul’ atau sekadar humming, namun ada juga yang berasa meluat kerana cara nyanyiannya yang terlalu meleleh dan mendayu.
Ironi, lagu tersebut yang merupakan produk dari pemuzik Indonesia sudah dipasarkan di republik tersebut sejak bulan awal tahun ini.
Jom semak fakta di sebalik lagu ini.
Kangen Band vs Raffa Affar
Lagu dengan lirik "Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa" ini pertama kali didengarkan di platform media sosial dan menjadi viral oleh penyanyi muda bernama Raffa Affar sejak Januari lalu.
Ia kemudian menjadi viral di Tiktok.
Raffa yang baru berusia 19 tahun adalah seorang personaliti media sosial yang sering menyanyikan lagu lagu cover milik penyanyi lain.
Namun pada Februari lalu, kumpulan Indonesia yang memang terkenal dengan jolokan King of Pop Melayu, Kangen Band memasarkan lagu tersebut dalam versi mereka.
Selain berjaya menangkap kembali peminat lama mereka, lagu ini kemudian menjadi fenomena dalam kalangan penggemar muzik.
Kangen Band juga muncul dengan anggota asal mereka iaitu Andika Mahesa (vokal), Dodhy (gitar), Tama (rhytm), Izzy (keyboard), Bebe (bass), Baim (drum), dan Eren (backing vocal).
Jadi secara rasminya, "Cinta Sampai Mati" terdapat dalam dua versi iaitu satu versi solo yang dinyanyikan Raffa Affar, manakala versi berkumpulan pula disampaikan oleh Kangen Band.
Terserah, selera kalian lebih suka memilih versi siapa guys.
Cinta Sampai Mati
Tajuk sebenar lagu "Di Sepanjang Malam Aku Berdoa" adalah "Cinta Sampai Mati".
Lagu ini diciptakan oleh isteri kepada pemain gitar Kangen Band, Dhody, Ayu Rizki Ani.
Namun kebanyakan pendengar cukup tertarik dengan bahagian korusnya sehingga pencarian lagu ini di Google lebih kepada bait lirik tersebut, bukan kepada lagunya "Cinta Sampai Mati".
Trending
Muzik video "Cinta Sampai Mati" yang dimuat naik dalam YouTube Raffa Affar sejak Januari lalu ternyata menjadi fenomena.
Ia telah ditonton menghampir jumlah 25 juta kali tontonan, dengan 17,000 komen ditinggalkan oleh para pendengar dalam YouTube berdaftar atas nama RaffaBadri29.
Sementara muzik video versi Kangen Band pula ditonton sebanyak 27 juta tontonan dengan 55,000 komen yang ditinggalkan sejak ia dimuat naik sekitar lebih satu bulan lalu.
Di aplikasi lain seperti Tiktok, ia telah dihasilkan dalam pelbagai versi oleh warganet termasuk di-remix dan kekal menjadi trending sehingga sekarang.
Maksud Lagu
Menurut Kangen Band, "Cinta Sampai Mati" menceritakan tentang kisah percintaan abadi tentang mereka yang saling mencintai sampai akhir hayat.
Difahamkan Andika Mahesa pernah keluar dari Kangen Band.
Namun ia juga diinterpretasikan dengan berbeza oleh pendengar mengikut kesukaan mereka.
Nostalgia
Bagi kebanyakan peminat Kangen Band, mereka berpendapat "Cinta Sampai Mati" telah mengembalikan kegemilangan masa muda mereka saat kumpulan tersebut menjadi begitu popular pada satu ketika dahulu.
Untuk rekod, Kangen Band mula aktif dalam kancah muzik sejak tahun 2006.
Band berasal dari Lampung ini melahirkan album pertama mereka, Tentang Aku, Kau & Dia pada tahun 2007 dan pernah berpecah.
Antara lagu hit mereka adalah "Tentang Aku, Kau & Dia" yang telah ditonton menghampiri 70 juta tontonan dan meledakkan nama Kangen Band lebih 10 tahun lalu.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun Apr 10 2022
Lagu dengan lirik "Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa" ini pertama kali didengarkan di platform media sosial dan menjadi viral oleh penyanyi muda bernama Raffa Affar sejak Januari lalu. -Gempak
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Ramai tersampuk lirik 'Dengarkanlah', ini 5 fakta mengenainya
Selain berjaya menangkap kembali peminat lama mereka, lagu ini kemudian menjadi fenomena dalam kalangan penggemar muzik.