AKTOR yang pernah mendapat jolokan Hero Malaya, Remy Ishak sempat berkongsi keterujaannya menyambut Aidilfitri kali ini.
Masakan tidak, tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.
Berkongsi ceritera sambutan raya pertamanya, Remy berkata, beliau dan isteri, Ezza Yusof pulang ke kampung halamannya di Melaka terlebih dahulu.
Kesempatan itu juga digunakan untuk memperkenalkan buah hatinya itu kepada kaum keluarga di kampung.
“Kebetulan tahun ini giliran adik-beradik saya menyambut Lebaran di rumah keluarga mertua masing-masing, jadi tinggal emak saya seorang di kampung.
“Jadi saya pulang untuk meluangkan masa dan menjaga emak sementara adik-beradik yang lain pulang ke kampung pasangan masing-masing.
“Dapat jugalah kenalkan Tuah pada saudara-mara. Kemudian barulah kami akan pulang ke Pahang, iaitu kampung isteri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ditanya bagaimana penerimaannya apabila cahaya matanya itu kini menjadi perhatian umum, Remy berkata, sebagai selebriti, beliau sudah boleh menerima perkara itu.
Bahkan secara berseloroh aktor hitam manis itu merasakan sudah tiba masanya Tuah mengumpul duit raya pertamanya tahun ini.
“Bagi saya, bila sudah masuk ke dunia selebriti, kita tidak boleh lari daripada perhatian umum. Cuma bagaimana kita mengendalikannya sahaja. Pun begitu, saya tak kisah Tuah dapat perhatian lebih,” ujarnya.
Tatkala terus berbual mengenai anaknya, bintang utama Pulang itu mengakui si kecil itu banyak mengubah dirinya menjadi orang yang lebih penyabar.
Malah kebanyakan keputusan yang diambil juga tidak cenderung ke arah dirinya seorang.
“Kalau dulu contohnya, bila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, kita jadi mudah marah, tetapi sekarang kalau nak marah, saya fikir anak ada sekali dalam kereta.
“Semua benda yang saya lakukan, termasuk kerja sekarang bukan hanya sekadar minat tetapi kerana nak bagi anak makan,” katanya sambil ketawa.
Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Remy berkata, filem lakonannya, The Experts bakal menemui penonton di pawagam pada 23 Mei depan.
Ditanya adakah beliau kini lebih memberi tumpuan kepada penghasilan filem berbanding drama, bintang berusia 41 tahun itu tidak menafikannya.
Jelas Remy, faktor tawaran yang kurang menarik dan jalan cerita hampir sama membuatkan beliau lebih fokus kepada filem.
"Kali terakhir saya berlakon drama menerusi Hijrah Jannah tahun lalu. Selepas itu ada tawaran yang masuk, tetapi kebanyakannya skrip dan watak yang hampir sama.
"Saya tak mahu ambil kerana tak nak kurang 'rasa' dalam lakonan. Nanti pada akhirnya penonton yang tidak puas hati dengan lakonan saya.
"Cuma saya tak salahkan penulis skrip atau penerbit hasilkan naskhah yang lebih kurang sama kerana semua itu bergantung pada permintaan," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 12 2024

Remy teruja kerana dapat memperkenalkan anak sulungnya, Tuah Alam dengan keluarga di Melaka. - Foto Astro/Azrul Farie

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tarik tumpuan dunia, The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun.

Diganding sebagai abang dan adik dalam ‘The Experts’, Aaron Aziz dedah sisi lain Syafiq Kyle
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapatBerp

Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.

'Kalau ini tukang hantar, 10 kali order pun sanggup!' - Ramai teruja KJ berlakon jadi rider
Apa yang membuatkan netizen berasa teruja adalah, bekas menteri kesayangan ramai ini kelihatan tidak kekok malah lakonannya juga sangat bersahaja.

Remy Ishak pilih nama klasik Melayu untuk anak
Pelakon, Remy Ishak memilih nama yang cukup klasik buat anak lelakinya iaitu Tuah Alam.

Remy Ishak kini bergelar bapa
Pelakon Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pukul 11.17 pagi ini di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Remy Ishak sahkan isteri hamil 5 bulan, 'baby bump' tak boleh sorok lagi
Remy akui teruja dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

Akibat lama tidak berlakon, Remy Ishak takut dan gementar jumpa orang
Pandemik COVID-19 'ragut' keyakinan diri Remy Ishak.

"Ibu saya sedang bertarung nyawa" - Remy Ishak
Pembedahan jantung ibu kepada pelakon Remy Ishak, Basrah Md Dris dihentikan selepas 12 jam dalam bilik pembedahan.

"Emak saya sedang kritikal" - Remy Ishak
Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.