KUALA LUMPUR: Pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raissuddin ke rahmahtullah pada awal pagi Isnin meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada banyak pihak.
Pengakhirannya dicemburui ramai kerana Allahyarham pergi dalam penuh keindahan sehingga disifatkan ramai ilmuwan agama sebagai kematian husnol khatimah.
Di akhir perjalanan Siti Sarah menuju ke tanah perkuburan, ribuan orang menitipkan doa dan mengirim ucapan-ucapan indah selain berkongsi banyak kisah kebaikan yang dilakukannya.
Bahkan, bacaan Yasin dan tahlil diadakan tidak putus-putus sejak mendapat khabar Allahyarham sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehinggalah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir.
Demikian juga dengan solat jenazah secara ghaib juga diadakan oleh ramai kenalan Siti Sarah dan suaminya, Shuib Sepahtu memandangkan Allahyarham meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan COVID-19 dan upacara itu tidak dapat dilakukan seperti kelazimannya.
Terbaharu, Shuib berkongsi solat jenazah secara ghaib juga diadakan di Masjidilharam, Mekah oleh hampir 300 jemaah.
Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur Shuib apabila menerima kiriman video dari Tanah Suci yang turut dimuat naik di akaun Instagram peribadinya pada Selasa.
“Allahuakbar, Allah Maha Besar. Dapat kiriman video solat ghaib jenazah dalam Masjidilharam, Allah terlalu sayang ibu (panggilan mesra buat Siti Sarah). Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah,” tulis Shuib dalam hantaran itu.
Hantaran Shuib itu turut mendapat reaksi ramai selebriti termasuk pendakwah Ebit Lew yang menurunkan komen yang menyentuh hati.
Kata Ebit, ganjaran solat jenazah ghaib itu adalah tanda Allah menyayangi pasangan suami isteri itu.
“Allah sayang @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin, janji Allah itu benar buat orang yang baik, dermawan dan taat pada suami dan fikir umat yang ada padanya,” tulis Ebit.
Pelakon Mira Filzah, penyanyi nasyid Fakhrul (UNIC) dan ramai selebriti lain juga menulis komen mengenai kebesaran ganjaran yang Allah berikan kepada Allahyarham Siti Sarah.
BACA: Tulisan terakhir buat Siti Sarah...
BACA: Banyak kebaikan dibuat Siti Sarah secara senyap, duit bulanan diguna untuk sedekah - Shuib
BACA: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Siti Sarah
BACA: Mengenang Siti Sarah: PM ucap takziah, doa rakyat Malaysia diberi kekuatan
Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan meninggal dunia disebabkan COVID-19 selepas beberapa hari bertarung nyawa di ICU HCTM.
Alalhyarham juga ketika itu sedang hamil tujuh bulan.
Tiga hari sebelum pemergiannya, doktor membuat keputusan untuk membedah Allahyarham bagi mengeluarkan anak keempat artis berkenaan.
Zuriat keempat pasangan Siti Sarah dan Shuib dinamakan sebagai Ayash Affan.
Tiga lagi anak Siti Sarah ialah Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6,
Allahyarham Siti Sarah, 36,, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari, semalam.
BACA: "Anak-anak belum tahu ibu mereka sudah tiada" - Shuib
Astro Awani
Tue Aug 10 2021

Pengakhiran hidup Siti Sarah dicemburui ramai kerana Allahyarham pergi dalam penuh keindahan sehingga disifatkan ramai ilmuwan agama sebagai kematian husnol khatimah.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.

Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.

Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.

GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.

Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.

Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.

Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.

Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.

Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.