RIHANNA muncul sebagai penyanyi wanita dengan pendapatan paling tinggi di dunia, jauh mengatasi Madonna, Céline Dion dan Beyoncé.
Penyanyi berusia 31 tahun itu kini bernilai AS$600 juta (RM2.49 bilion), meninggalkan Madonna sebanyak AS$30 juta (RM124.7 juta), Dion (AS$150 juta atau RM623.9 juta) dan Beyoncé (AS$200 juta atau RM831.9 juta).
Walaupun Rihanna terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Umbrella, Diamonds dan What's My Name, muzik bukanlah satu-satunya sumber kekayaannya.
Menurut Forbes, majoriti pendapatannya diperoleh daripada perkongsiannya dengan LVMH, syarikat barangan mewah Perancis yang turut memiliki Christian Dior, Givenchy dan Louis Vuitton.
Bulan lalu, bintang kelahiran Barbados itu melancarkan label fesyennya, Fenty, menjadikan wanita kulit hitam pertama yang memiliki jenama asli bersama LVMH.
Selain Fenty, pemilik nama sebenar Robyn Rihanna Fenty ini turut memiliki jenama pakaian dalam, Savage X Fenty, yang dilancarkan tahun lalu, dan jenama kosmetiknya, Fenty Beauty, yang ditubuhkan pada tahun 2017.
Fenty Beauty menjana pendapatan kira-kira AS$570 juta (RM2.37 bilion) dalam tempoh 15 bulan pertama, dengan anggaran perolehan keuntungan setakat ini mencecah AS$3 bilion (RM12.47 bilion).
Agensi
Sun Jun 09 2019

Rihanna peroleh pendapatan tertinggi jauh mengatasi Madonna, Cline Dion dan Beyonce. - REUTERS/Paul Hackett/Files

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Jay-Z didakwa rogol budak 13 tahun, akan duduk bincang dengan Beyonce
Rapper terkenal Jay-Z didakwa merogol seorang budak berusia 13 tahun pada 2000.

Beyonce pecah rekod menang anugerah Grammy paling banyak
Beliau juga merupakan artis yang menerima pencalonan paling banyak pada Anugerah Grammy ke-65, dengan sembilan pencalonan.

Hotel mewah Dubai bayar Beyonce RM111 juta, bagi tetamu sikat salut emas
Sebuah hotel terlajak mewah di Dubai, Atlantis The Royal baru dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.

Beyonce, Adele, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65
Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy.

Monica Lewinsky minta Beyonce keluarkan namanya dari lagu
Dalam lagu Partition nama Lewinsky digunakan sebagai kata kerja bagi menggambarkan pandangan lelaki ke atas seorang wanita.

Beyonce sertai TikTok, janjikan lebih banyak karya
Keseluruhan katalog muziknya kini tersedia kepada pengguna TikTok untuk digunakan dalam kandungan mereka.

Pereka fesyen Thierry Mugler meninggal dunia
Mugler mula berjinak dalam arena rekaan fesyen pada era 1970-an dan mula dikenali dengan reka bentuk avant-garde yang dramatik.

I Can't Breathe dinobat Lagu Terbaik Anugerah Grammy ke-63... ini senarai penuh pemenang
Anugerah Grammy Ke-63 berlangsung dalam suasana norma baharu dan disiarkan secara maya

Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Anugerah Grammy 2021
Taylor Swift menang Album Terbaik menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang menang kategori itu sebanyak tiga kali.

Beyonce terima pencalonan Grammy terbanyak, termasuk 'Record of the Year'
Pencalonan Beyonce itu adalah menerusi lagu 'Black Parade' dari album 'The Lion King: The Gift' yang ditujukan kepada komuniti kulit hitam.