RUMAH tangga Gwen Stefani dengan Blake Shelton baru didirikan pada 2021. Namun baru memasuki 2024, pasangan selebriti tersebut didakwa sudah tidak lagi bahagia.
Malah ada gosip yang mengatakan Stefani dan Shelton bakal bercerai.
Menerusi temu bual bersama Nylon, selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.
“Apabila anda dilamun cinta dan menghargai nilai antara satu sama lain, tidak ada yang boleh melangkaui kami,” kata Stefani seperti dilaporkan People.
Stefani kemudian menambah: “Anda boleh cakap apa sahaja yang anda mahu mengenai hubungan kami.
“Maksud saya, minggu lalu kami mahu bercerai atau sebagainya.
“Itu semua penipu. Hal sebenar hanya kami yang mengetahuinya.”
Vokalis No Doubt tersebut mula menjalin hubungan dengan Blake sewaktu menyertai The Voice pada tahun 2015.
Pada waktu itu, Stefani masih berkahwin dengan Gavin Rossdale dan Blake merupakan suami kepada penyanyi Country, Miranda Lambert. - Gempak
Gempak
Fri Apr 12 2024

Vokalis No Doubt tersebut mula menjalin hubungan dengan Blake sewaktu menyertai The Voice pada tahun 2015. - Gempak
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rumah tangga Gwen Stefani bergolak?
Selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.

Lain betul! Peminat terkejut lihat wajah terkini Gwen Stefani
Wajah Gwen Stefani mengejutkan orang ramai terutama peminatnya yang mengikuti perkembangan sejak dulu lagi.

Enam tahun bercinta, Blake Shelton dan Gwen Stefani akhirnya ke gerbang perkahwinan
Pasangan itu disatukan dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di sebuah rumah ladang milik Shelton yang terletak di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Kalahkan Zac Efron, Blake Shelton lelaki paling seksi 2017
Majalah People menyenaraikan komposer, penyanyi dan kini juri rancangan realiti The Voice, Blake Shelton sebagai lelaki paling seksi tahun 2017.