KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz mengejutkan peminat dan pengikutnya di akaun Instagram dengan berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
Dalam hantaran yang dikongsi sekitar 40 minit lalu, Zulin memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.
Bersama sekeping foto pernikan mereka pada 20 Februari 2022 itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut menulis kapsyen yang mencetus tanda tanya ramai.
Berikut petikan nota yang ditulis Zulin mengiringi foto berkenaan:
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik2 untuk masa akan datang
InshaAllah,masa merawat semuanya.”
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI di ruangan komen, rata-rata pengikut Zulin terkejut dengan hantaran yang dibuat artis berkenaan.
Sebilangan besar daripada yang memberi komen mengharapkan perkara itu tidak benar dan mereka mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Zulin dan Farhan.
Zulin, 34, dan Farhan, 36, disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara.
Pernikahan mereka berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan komen daripada Zulin mengenai laporan ini.
Astro Awani
Mon Apr 17 2023

Bersama foto pernikan pada 20 Februari 2022, Zulin turut menulis kapsyen yang mencetus tanda tanya ramai. - Gambar Instagram Zulin Aziz

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Jadi askar sebarkan kebenaran' - Zulin Aziz gesa influencer bersuara isu Palestin
Menurut Zulin, para pempengaruh seharusnya memanfaatkan pengaruh mereka demi menyebarkan kebaikan.

'Ada sebab kenapa post itu dibuat' - Zulin kembali berbaik dengan suami
Pelakon, Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini kembali pulih.

"Hal macam ni orang gila saja buat!" - Zulin Aziz nafi perkongsian hal rumah tangga satu gimik
Zulin Aziz menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini di Instagram bukanlah gimik atau content seperti yang didakwa segelintir netizen.

Rumah tangga Zulin Aziz berantakan?
"Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman." Kapsyen tulisan Zulin mengundang tanda tanya.

Zulin Aziz rasmi bergelar isteri Farhan
Zulin menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 daripada Farhan.

Zulin Aziz terima lamaran Farhan di Madinah
Zulin dan Farhan akan disatukan sebagai suami isteri pada 20.2.22.

Tak jadi kahwin, hati saya hancur - Zulin Aziz
Pelakon yang juga pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz mendedahkan majlis perkahwinan yang telah dirancang tidak akan menjadi kenyataan, selepas hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Bersungguh kuruskan badan untuk kahwin, niat Zulin Aziz tidak kesampaian
Pelakon Zulin Aziz mengakui telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka pilihan hatinya.

Individu gelar Zulin Aziz 'sundal' mohon maaf
Zulin sebelum itu, memuat naik entri di FB dan Instagram (IG) meminta Dura Hatta tersebut meminta maaf sebelum dia mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna laman sosial tersebut.

Zulin Aziz kesal digelar 'perempuan Melayu jahat'
Pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar wanita jahat oleh seorang wanita yag tidak pernah dikenalinya.