RAMAI yang mungkin akan setuju andai dikatakan bahawa antara watak yang begitu sinonim dengan kumpulan rock terkenal Wings sejak dahulu lagi adalah bekas pemain dramnya iaitu Jojet.
Malah mungkin ramai juga yang akan tiba-tiba terbayang watak Jojet dalam beberapa filem popular sekitar era 90an bersama kawan rapatnya Awie suatu ketika dahulu yang sering dilihat seiring jalan selepas mengambil keputusan untuk keluar Wings.
Namun, sejak itu, nama Jojet seakan tenggelam, bahkan sehingga kini amat jarang untuk kita lihat kelibatnya hinggalah ke hari ini.
Tanpa menafikan sumbangan dan peranan dimainkan pemain dram Wings ketika ini iaitu Black yang juga begitu banyak menyumbang kepada kemasyhuran kumpulan itu, Jojet atau nama sebenarnya Rodzane Mohamed, 57, memiliki daya pesona dan sumbangan tersendiri ketika masih aktif bersama Wings.
Bahkan mungkin ada juga yang tidak mengetahui bahawa Jojet juga sebenarnya antara yang paling awal terlibat dalam penubuhan Wings ketika mula-mula kumpulan tersebut menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan tanah air iaitu sekitar tahun 1985.
Jojet yang berasal dari Muar, Johor dan dibesarkan di Keramat, Kuala Lumpur berhijrah ke kumpulan Gersang yang menampilkan Man Bai selaku vokalis pada tahun 1987, yang kemudiannya popular dengan beberapa buah lagu yang turut mengangkat kumpulan tersebut ke puncak kejayaan.
Justeru, peranan Jojet dalam industri hiburan tanah air sebenarnya tidaklah sedikit, bahkan boleh dikatakan penglibatanya dalam mana-mana kumpulan muzik dan juga perfileman sentiasa menyaksikan kejayaan demi kejayaan.
Namun, di manakah Jojet ketika ini? Mengapa dia memilih untuk menyepikan diri dari industri hiburan tanah air selepas mencipta nama yang begitu gah?
Ketika Wings menggapai kemuncak di era 90an dengan pelbagai kejayaan, terutamanya selepas melancarkan album Bazooka Penaka, Jojet turut mengambil langkah yang sama dengan Awie untuk keluar dan memilih haluannya sendiri.
Menurut Jojet yang ditemui di Bangi baru-baru ini, tiada perselisihan faham berlaku, baik di antara dia dengan Awie ataupun mana-mana anggota Wings ketika itu.
“Sebenarnya tiada sebarang isu pun antara saya atau Wings ketika itu. Saya masih ingat satu hari tu saya cuma rasa untuk cuba sesuatu yang lain dan keluar dari Wings.
"Saya ada cakap dengan Joe ketika tu untuk keluar dan dia faham serta menghormati keputusan saya.
“Selepas daripada itu, adalah juga saya ikut Awie beberapa kali termasuklah dalam bidang lakonan, tapi taklah begitu lama.
"Namun selepas itu saya memilih untuk menyendiri dan menguruskan urusan peribadi dan keluarga sehinggalah sekarang,” katanya kepada Astro AWANI.
Hubungan Jojet dengan anggota Wings juga sehingga kini sentiasa baik, termasuklah dengan Awie sendiri.
Ada kalanya mereka berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain termasuklah mengadakan kunjungan sesama mereka.
Setelah sekian lama menyepi, Jojet mengakui ada beberapa ketika berasakan rindu untuk kembali ke dalam industri hiburan, namun jelasnya dunia hiburan hari ini menyaksikan keadaan dan perkembangan semasa agak sudah berbeza.
Bagaimanapun sekiranya diberi peluang, dia sudah bersedia untuk keluar dari 'persaraannya' dan kembali beraksi melantunkan ketukan dram yang dirindukan kebanyakan peminat tegar muzik rock tanah air.
“Kebanyakan urusan peribadi dan keluarga saya boleh dikatakan sudah hampir selesai sepenuhnya dan benar saya tidak menolak untuk kembali beraksi lagi andai masih ada peluang.
“Bahkan sejak beberapa waktu kebelakangan ini juga, ada jemputan daripada rakan-rakan yang meminta saya untuk bermain dram di beberapa persembahan kecil,” jelas Jojet lagi.
Selaku artis yang pernah mengecapi populariti suatu ketika dahulu, Jojet menganggap pasang surut populariti seseorang itu adalah biasa dan perlu diterima oleh mana-mana artis termasuk dirinya.
Justeru, seandainya hasrat untuk kembali itu berlaku, jelasnya, mungkin ia sudah tidak sama seperti zaman kegemilangan rock era 90an dahulu.
Bagaimanapun, beberapa video yang ditayangkan kepada Astro AWANI yang menyaksikan Jojet bermain muzik bersama sahabat-sahabatnya beberapa minggu lalu yang membuktikan bahawa ‘magis’ drumming yang pernah dimilikinya masih kendengaran sepertimana dahulu.
“Saya tidak berasa janggal dan masih mampu bermain dram selincah dahulu walaupun boleh dikatakan sudah sekian lama sebenarnya tidak menyentuhnya.
"Saya juga masih rindukan momen-momen selaku pemain dram yang lincah seperti dahulu,” kata Jojet lagi mengakhiri perbualan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jul 14 2024
Penulis (kanan) bersama Jojet (dua, kanan), Umarul Iklim dan Yazid XPDC Kita Pengyu (kanan) dalam pertemuan di Bangi baru-baru ini. -Astro AWANI
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Saya sedia untuk kembali beraksi! - Jojet idam keluar dari 'persaraan', buat 'come back'
Jika diberi peluang, dia sudah bersedia untuk keluar dari 'persaraannya' dan kembali beraksi melantunkan ketukan dram yang dirindukan kebanyakan peminat tegar muzik rock tanah air.