PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali tetap memilih pendekatan untuk mengunci mulut mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya sudah bertunang dan bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi.
Menurut Nabila, dia berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini.
“Saya tetap tak boleh nak memberikan sebarang jawapan dan respons, saya akan tetap sama seperti sebelum ini.
“Saya mengharapkan agar semua pihak dapat menghormati privasi saya. Sekiranya saya sudah bersedia, Insya-Allah saya akan umumkan.
“Jadi, buat masa sekarang tiada kenyataan rasmi yang ingin saya keluarkan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada MH
Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta yang berlangsung di Galah Gala Seafood Restaurant pada Ahad.
Ditanya mengapa dia memilih untuk berahsia sedangkan perkara tersebut telah pun tular di media sosial, Nabila menafikan dirinya yang memuat naik hantaran tersebut.
“Saya tiada berkongsi apa-apa kenyataan, gambar atau video di mana-mana platform media sosial saya.
“Apa yang berlaku di luar, ia merupakan luar bidang kuasa saya,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Nabila turut mendedahkan dirinya tidak tertekan apabila diasak tentang soal perkahwinan kerana menganggapnya lumrah sebagai anak seni.
“Kalau bercakap soal tekanan, saya memang sudah biasa menghadapinya sejak daripada dahulu lagi bukan sahaja tentang soalan berkahwin tapi juga kritikan dan cemuhan.
“Itu asam garam bergelar anak seni apabila kehidupan kita sering kali diperhatikan dan dijadikan bahan bualan.
“Saya pun tiada menyimpan sebarang perasaan marah cuma saya harapkan agar semua pihak dapat menghormati keputusan saya buat masa ini,” akhirinya.
Sebelum ini, media melaporkan Nabila sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, Nabila bakal membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta yang merupakan adaptasi daripada drama fenomena Korea Selatan, Autumn In My Heart.
Selain Nabila, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Auni Yusrii dan Bella Luna. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sun Sep 17 2023
!['Saya tak marah, cuma...' - Gosip bertunang dah nak kahwin? Nabila Razali minta hormat privasi 'Saya tak marah, cuma...' - Gosip bertunang dah nak kahwin? Nabila Razali minta hormat privasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694950557_TBNabilaRazali.jpg)
Nabila berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini. -Media Hiburan
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Nabila Razali selamat bersalin cahaya mata pertama Nabila Razali selamat bersalin cahaya mata pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728014278_TBNabila.jpg)
Nabila Razali selamat bersalin cahaya mata pertama
Berita gembira itu disahkan wakil pengurusan Nabila Razali Entertainment, yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.
![Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728014278_TBNabila.jpg)
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
![Nabila Razali mohon maaf Nabila Razali mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724298634_NabilaRazali.jpg)
Nabila Razali mohon maaf
Mengikut pertuduhan, Nabila didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh dan tanpa polisi insurans.
![Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713321897_TBmeknabjpg.jpg)
Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!
![Nabila Razali naik tandu, resepsi meriah bertemakan Jawa Nabila Razali naik tandu, resepsi meriah bertemakan Jawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701060744_TBNabilaRazali.jpg)
Nabila Razali naik tandu, resepsi meriah bertemakan Jawa
Menariknya, Nabila yang berbusana jawa putih diarak dengan tandu ketika ketibaannya ke pelaminan sambil ditunggu oleh Nik Iruwan.
![Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700392809_TBNABILARAZALI.jpg)
Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami
Ada beberapa hal yang sempat dikongsikan oleh penyanyi Nabila Razali sebaik sahaja statusnya berganjak dari tunangan orang kepada seorang isteri.
![Nabila Razali bergelar isteri ahli perniagaan Nabila Razali bergelar isteri ahli perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700281766_tbKahwin.jpg)
Nabila Razali bergelar isteri ahli perniagaan
PENYANYI, Nabila Razali, 31, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu.
!['Saya tak marah, cuma...' - Gosip bertunang dah nak kahwin? Nabila Razali minta hormat privasi 'Saya tak marah, cuma...' - Gosip bertunang dah nak kahwin? Nabila Razali minta hormat privasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694950557_TBNabilaRazali.jpg)
'Saya tak marah, cuma...' - Gosip bertunang dah nak kahwin? Nabila Razali minta hormat privasi
Menurut Nabila, dia berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini.
![Nabila Razali kini miliki Vespa 946 Dior edisi terhad, harga cecah ratusan ribu! Nabila Razali kini miliki Vespa 946 Dior edisi terhad, harga cecah ratusan ribu!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661560813_VespaDior.jpg)
Nabila Razali kini miliki Vespa 946 Dior edisi terhad, harga cecah ratusan ribu!
Ia bukan model Vespa pertama yang dimilikinya kerana sebelum ini dia telah miliki sebuah Vespa Primavera Sean Wotherspoon Edition.
![Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546415998_SARAHSUHAIRI.jpg)
Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi mengaku ingin fokus dalam bidang nyanyian dan menolak beberapa tawaran lakonan.