Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh Amani menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
“Know-know got fiance. Syukur Alhamdulillah. One step closer, till when when,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan tahniah termasuklah rakan artis.
Antaranya Alif Satar, Elfira Loy, Ummi Nazeera, Amerul Affendi, Fahad Iman dan Pekin.

Bagaimanapun Amani tidak mendedahkan wajah tunangnya buat masa ini.
Terdahulu Amani pernah memuat naik ucapan hari lahir kepada seseorang yang sangat bermakna dalam dirinya berserta kapsyen “I Love You”. -Gempak