Penyanyi pujaan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan kerenah sebenar suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dalam program terbaharu berkonsep jurnal percutian, "CTDK-ation".
Kata Siti, rancangan 10 episod itu juga akan membongkar kisah suka-duka keluarga besarnya sepanjang percutian selama 24 hari di Portugal, Sepanyol dan Dubai.
"Penonton akan melihat sendiri bagaimana aksi saya dan suami saya sepanjang bercuti di luar negara.
"Pendek kata rancangan realiti ini akan menonjolkan pelbagai drama yang eksklusif. Ada suka, duka, gembira, marah dan sebagainya.
"Inilah masanya untuk penonton berpeluang menyaksikan sisi berbeza dan kerenah Datuk K selain visual tempat-tempat menarik sepanjang berada di tiga buah negara itu," kata Siti kepada Astro Gempak.
Pengembaraan CTDK-ation telah disertai oleh 24 orang ahli keluarga Siti seawal usia 7 bulan hingga 78 tahun.
"CTDK-ation" akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Astro Ria bermula 29 Disember.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Tue Dec 26 2017

"CTDK-ation" akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Astro Ria bermula 29 Disember. - Foto Astro GEMPAK

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.

The Maid bakal cetus fenomena
The Maid dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.

Ezurin Khyra kongsi kisah hidup peribadi dalam The House
"Kalau tanya pasal baju, saya akan tukar tiga kali sehari, macam kita ambil makanan." - Ezurin Khyra

Romantika di Jeju: 4 lokasi popular dalam K-Drama
Berikut beberapa lokasi penggambaran K-drama yang menarik untuk dilawati di Jeju.

Masih ada yang selesa dengan media cetak - Pengarang EH!
Kemajuan zaman digital kini membuatkan ramai antara kita sudah beralih ke bahan bacaan digital. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk terus melupakan media cetak.

Sering beraya di Kuala Lumpur, Siti Saleha rindu suasana kampung
Pelakon Siti Seleha mengakui setiap tahun akan menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Finas ambil serius dakwaan penggiat seni, tidak kompromi mana-mana pihak
Finas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam melindungi isu ketirisan pengurusan dana.

Pok Ya kongsi pengalaman zaman kanak-kanak bersama penonton
Pelakon komedi, Sabri Yunus yang cukup popular dengan telefilem Pok Ya Cong Codei pernah melalui kisah menarik bersama bapanya ketika zaman kanak-kanak.

"Tahniah Nanny D!" - bergelar nenek, Didie Alias timang cucu sulung
Pelakon yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Ditawar filem Indonesia: "Raffi Ahmad DM saya di Instagram" - Zizan Razak
Pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak mendedahkan dia menerima lamaran berlakon filem di Indonesia di bawah produksi Raffi Ahmad.

Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu
Mengekalkan konsep penceritaan serupa, musim terbaharu ini akan mengetengahkan kisah yang berbeza namun masih dalam genre komedi santai.