PELAKON Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik, Bentong, Pahang, jam 9 pagi tadi.

Majlis turut dihadiri keluarga dan teman rapat.

Siti Saleha menerima mas kahwin bernilai RM1,000.

Difahamkan menerusi majlis ringkas itu, pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, dibalas tujuh hantaran oleh pengantin perempuan. Bagaimanapun, mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan sama cantik sama padan itu menggayakan busana rona putih hasil Atelier FITTON dan ditatarias oleh Khir Khalid dan Yusof Ruzaimi.

Pada 2022, Siti Salena mengakui sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka berdarah kacukan yang dikenali sebagai Joshua Fitton selepas mereka hadir ke sebuah acara anugerah dan kini mereka sebagai tunang.

Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Lutfi Azhar namun bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.