Pelakon veteran ternama tanah air, Rubiah Suparman kehilangan suaminya, Zahri Mohd Nor yang meninggal dunia sekitar pukul jam 5.15 petang Sabtu.
Allahyarham Zahri yang berusia 80 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di USJ, Subang Jaya akibat kanser paru-paru.
Menurut laporan Harian Metro yang memetik anak tirinya, Azida Roselay, Allahyarham Zahari disahkan menghidap penyakit itu penghujung Januari lalu.
“Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah. Ayah disahkan menghidap kanser paru-paru pada hujung Januari lalu.
“Bagaimanapun, ayah tidak menjalani sebarang pembedahan kerana risiko tinggi memandangkan usianya sudah menjangkau 80 tahun.
“Kami sekeluarga sudah bersedia dengan segala kemungkinan apabila keadaan ayah semakin lemah dari hari ke hari. Malah, beberapa hari sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir dia juga dalam keadaan sedar dan tidak sedar,” katanya seperti dilaporkan.
Rubiah juga, kata Azida, reda dengan pemergian suami tercinta.
“Alhamdulillah, mak kuat dan reda dengan pemergian ayah. Diharapkan semoga segala urusan berjalan
lancar," kata Azida lagi.
Jenazah Allahyarham Zahri akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan USJ 22.
Rubiah merupakan angkatan pelakon era 70-an yang banyak membintangi filem dan drama antaranya Bila Hati Telah Retak, Dayang Suhana, Potret Maria dan lain-lain.
Beliau juga mengusahakan restoran Puteri yang sangat popular bagi masyarakat di sekitar Lembah Kelang.
Astro Awani
Sat Mar 07 2020
![Suami pelakon Rubiah Suparman meninggal dunia Suami pelakon Rubiah Suparman meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583591218_Suamisteri.jpg)
Dalam kenangan... Allahyarham Zahri Mohd Nor dan Rubiah Suparman. - Gambar Facebook Habsah Hassan
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Jenazah pelakon Kamal Bakar selamat dikebumikan Jenazah pelakon Kamal Bakar selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719307672_anaksulung.jpg)
Jenazah pelakon Kamal Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Kamal Bakar selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit Baru kira-kira pukul 2.20 petang tadi.
![Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719269147_KamalBakar.jpg)
Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
Allahyarham Kamal menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi di Hospital Melaka.
![Pelakon Kamal Bakar kini nazak Pelakon Kamal Bakar kini nazak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719050088_TBkamalbakar.jpg)
Pelakon Kamal Bakar kini nazak
Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar kini berada dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU Hospital Melaka akibat kanser.
![Kanser paru-paru: Saringan bersasar digalakkan, kesan penyakit lebih awal Kanser paru-paru: Saringan bersasar digalakkan, kesan penyakit lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717254169_xrayparuparu.jpg)
Kanser paru-paru: Saringan bersasar digalakkan, kesan penyakit lebih awal
Saringan kanser paru-paru bersasar digalakkan untuk mengesan penyakit lebih awal selain dapat dirawat dengan lebih berkesan.
![Legenda bola sepak Khalid Ali meninggal dunia Legenda bola sepak Khalid Ali meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707210370_KhalidAli.jpg)
Legenda bola sepak Khalid Ali meninggal dunia
Legenda bola sepak negara, Khalid Ali hari ini menghembuskan nafas terakhirnya selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru.
![Wanita tidak merokok berisiko hidap kanser paru-paru Wanita tidak merokok berisiko hidap kanser paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-07/81500547446_SmokingGeneric.jpg)
Wanita tidak merokok berisiko hidap kanser paru-paru
Kanser paru-paru merupakan punca kematian paling lazim dalam kalangan lelaki dan pembunuh kedua bagi wanita.
![Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687073369_TBZuhdi.jpg)
Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi
Mahmood Zuhdi, 78, menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya, akibat kanser paru-paru.
![Khalid Ali terima sumbangan rawatan kanser paru-paru Khalid Ali terima sumbangan rawatan kanser paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686868719_AdamAdli.jpg)
Khalid Ali terima sumbangan rawatan kanser paru-paru
Sumbangan dipohon pemain berusia 66 tahun kepada yayasan tersebut untuk membeli ubat suntikan Pembrolizumab 100mg.
![Doa buat Khalid Ali Doa buat Khalid Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680472430_KhalidAliHassan.jpg)
Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.
![Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok, tiada korelasi dengan nikotin - NIH Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok, tiada korelasi dengan nikotin - NIH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679480591_TBPhillipsMoris.jpg)
Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok, tiada korelasi dengan nikotin - NIH
Kandungan nikotin hanya akan menyebabkan ketagihan dan bukan punca utama kepada pelbagai penyakit berkaitan dengan asap rokok.