PELAKON Hannah Delisha reda dengan takdir Illahi meskipun hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran baru-baru ini.
Menurut Hanna, sehingga kini, dia masih belum boleh melupakan momen ketika menerima berita kehilangan bayi yang dikandungnya selama 13 minggu.
Katanya lagi, dia baru sahaja mahu mengecapi kegembiraan bergelar ibu, namun keterujaan itu direntap dengan berita duka berkenaan.
“Bayangkan pertama kali nampak bayi kita pada mesin imbasan itu, tentulah rasa sangat teruja.
“Tapi tak sampai beberapa minit, wajah doktor yang menjalankan imbasan berubah.
“Beberapa kali doktor lakukan imbasan, kemudian dia panggil seorang lagi doktor untuk kepastian dan mereka akhirnya sahkan jantung bayi saya berhenti berdegup pada usia kandungan lapan minggu.
“Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu? Baru seminit rasa gembira, tiba-tiba terima berita yang sangat menyedihkan,” katanya yang tidak dapat menahan air mata.
Pelakon asal Singapura itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Sinar Ramadan anjuran jenama baju Melayu Bulan Bintang dengan kerjasama NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra.
Menurut Hannah, hatinya sebak bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir sebaliknya trauma mengenangkan keadaan bayi yang sudah hampir sebulan tidak bernyawa di dalam kandungannya serta kesakitan menjalani prosedur D&C atau cuci rahim.
Kesan kehilangan itu kata Hannah menyebabkan emosinya tidak menentu pada minggu pertama.
“Minggu pertama sangat emosi, tiba-tiba saja saya saya boleh nangis ketika di rumah, suami turut sedih melihat keadaan saya, kalau boleh dja tak mahu saya lalui pengalaman itu lagi.
“Rupanya sebulan bayi saya adalam keadaan tak ada nyawa. Tapi saya tak sedar sebab tak alami sakit perut atau turun darah, itu yang buat saya paling ‘down’.
“Ada yang persoalkan ala keguguran tak sakit macam beranak, tapi orang tak tahu kesan emosi yang ditanggung atas kehilangan itu,” ujarnya lagi.
Menurut Hannah lagi, andai dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi, tentunya dia amat gembira kerana mereka tidak pernah merancang.
Tetapi katanya dia akan lebih berhati-hati selepas ini demi menjaga kandungan.
“Sebelum ini saya terlalu banyak bergerak dan bekerja pada waktu panjang serta tak cukup tidur serta rehat.
“Selepas ini andai ditakdirkan ada rezeki untuk mengandung lagi, saya akan lebih berjaga-jaga,” katanya.
Pada 17 Mac lalu, Hannah berkongsi khabar duka dirinya keguguran melalui ciapan di pelantar X.
Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021. -Media Hiburan
Media Hiburan
Mon Apr 01 2024
!['Sudah sebulan bayi tidak bernyawa...' - Hannah Delisha kongsi kisah duka keguguran anak pertama 'Sudah sebulan bayi tidak bernyawa...' - Hannah Delisha kongsi kisah duka keguguran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711947510_TBhannahdelisha.jpg)
Hanna masih belum boleh melupakan momen ketika menerima berita kehilangan bayi yang dikandungnya selama 13 minggu. -Media Hiburan
![Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738460992_HerryImanPierngadi.jpg)
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253674_KualaLumpur.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
Sebanyak dua kedai makan dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Institut Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan pada Isnin malam.
![Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739250388_SuamiIsteriSelama.jpg)
Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas
Man Tiger ditahan manakala tujuh lagi diburu kerana disyaki terbabit dalam kejadian kes melepaskan enam das tembakan di Simpang Renggam.
!['Sudah sebulan bayi tidak bernyawa...' - Hannah Delisha kongsi kisah duka keguguran anak pertama 'Sudah sebulan bayi tidak bernyawa...' - Hannah Delisha kongsi kisah duka keguguran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711947510_TBhannahdelisha.jpg)
'Sudah sebulan bayi tidak bernyawa...' - Hannah Delisha kongsi kisah duka keguguran anak pertama
Menurut Hanna, dia baru sahaja mahu mengecapi kegembiraan bergelar ibu, namun keterujaan itu direntap dengan berita duka berkenaan.
![Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693800291_sharnaaz.jpg)
Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis
Keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan secara serentak dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan meraih kata sepakat.
![Elegant Cosmetics lantik Hannah Delisha sebagai duta, mahu tembus pasaran Asia Elegant Cosmetics lantik Hannah Delisha sebagai duta, mahu tembus pasaran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679374988_ElegantCosmetics.jpg)
Elegant Cosmetics lantik Hannah Delisha sebagai duta, mahu tembus pasaran Asia
Ketika ini produk tempatan itu sudah berada di pasaran Singapura, Brunei dan sebahagian Indonesia.
![Syafiq Kyle jawab isu bermasam muka dengan pelakon Langsuir Hannah Delisha Syafiq Kyle jawab isu bermasam muka dengan pelakon Langsuir Hannah Delisha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536917995_SyafiqHannah.jpg)
Syafiq Kyle jawab isu bermasam muka dengan pelakon Langsuir Hannah Delisha
Pelakon Syafiq Kyle menafikan khabar angin yang mengatakan dia dan pasangannya dalam filem Langsuir, Hannah Delisha sebelum ini mempunyai masalah dan tidak bertegur sapa.
![Saya memang saya ada 'chemistry' dengan Hannah Delisha dan Zahirah Macwilson - Syafiq Kyle Saya memang saya ada 'chemistry' dengan Hannah Delisha dan Zahirah Macwilson - Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524222357_Syafiq.jpg)
Saya memang saya ada 'chemistry' dengan Hannah Delisha dan Zahirah Macwilson - Syafiq Kyle
Pelakon kacak Syafiq Kyle, 26, mengakui bercinta dengan dua gandingannya dalam drama bersiri, Hannah Delisha dan Zahirah Macwilson.
![Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41522671821_AstroGempak.jpg)
Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu
Mengekalkan konsep penceritaan serupa, musim terbaharu ini akan mengetengahkan kisah yang berbeza namun masih dalam genre komedi santai.
![Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018 Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41514808006_syafiqz.jpg)
Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018
Wajah tampan pelakon Syafiq Kyle bakal menghiasi pawagam tahun 2018 dengan tiga filem lakonannya.
![Izara Aishah, Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam Google Izara Aishah, Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam Google](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513161936_izarameghan.jpg)
Izara Aishah, Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam Google
Google Trends hari ini menyenaraikan beberapa kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.