KUALA KANGSAR: Susulan kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pengarahnya, Syamsul Yusof dilaporkan merancang untuk meneruskan projek pembikinan filem Pasir Salak yang pernah diilhamkan oleh legenda perfileman Melayu, Tan Sri Jins Shamsuddin.
Hasrat murni Syamsul untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita tinggi Allaharham Jins itu sesuatu yang disambut baik.
Masakan tidak, kejayaan sutradara muda itu mengangkat kisah Mat Kilau menjadi justifikasi pada kemahirannya mengolah cerita lampau sehingga mampu menarik perhatian penonton.
Pasir Salak - King of The River yang pernah menjadi cetusan ilham Allahyarham Jins tergendala pembikinannya sejak 1993 lagi.
Justeru, perbincangan Syamsul dengan waris Allahyarham Jins tentu sekali akan merancakkan lagi gelanggang perfileman Melayu.
Idea asal naskhah Pasir Salak yang juga kisah sejarah di negeri Perak menyelak perjuangan Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor dan pahlawan lain.
Berkongsi lanjut rancangan penerbitan filem mega yang tergendala hampir 30 tahun itu, Penasihat Koperasi Pelancongan Komuniti Jawang, Kuala Kangsar, Siti Norlizawati Narawi berkata, sebetulnya kerja-kerja praproduksi Pasir Salak sudah siap dilakukan sebaik Allahyarham Jins mengumumkan ideanya itu.
Bahkan, kata Siti Norlizawati, set penggambaran filem itu juga dirancang dibuat di sekitar Chegar Galah, di sini.
Difahamkan juga nama King of The River, jelasnya, dipilih bersesuaian dengan sasaran untuk mengangkat filem itu ke persada antarabangsa, sekali gus menyasarkan penonton dari luar negara.
Menurut Siti Norlizawati lagi, ketika itu, bapa mentuanya, Shukarnor Abd Muttalib,73, dilantik sebagai pengurus lapangan dan logistik.
Antara tugas-tugas yang digalas Shukarnor ialah merangkumi pembinaan props (alat peraga) seperti bangunan dan bot.
"Bapa mentua saya dan pasukannya yang bertukang bina pondok atau rumah props dan bot untuk filem ini, tempohnya dari 1991 hingga 1993,”cerita Siti Norlizawati kepada Astro AWANI.
Ketika itu, Siti Norlizawati berkata, bapa mentuanya sering menjalankan aktiviti bersama Yayasan Perak, di samping aktif mempromosi eko-pelancongan Sungai Perak.
Dalam masa sama, beliau kurang pasti kenapa penggambaran filem Pasir Salak dicadang dibuat di Chegar Galah dan Pulau Raia, Kampung Jawang yang dekat dengan Sungai Perak, di sini.
Berkongsi sebab pembikinan filem itu ditangguh, Siti Norlizawati berkata, berdasarkan apa yang diketahuinya, terdapat konflik berhubung watak utama yang mahu diketengahkan dalam filem berkenaan.
"Ramai yang tertanya-tanya kenapa filem ini tergendala tak siap. Sebenarnya difahamkan mengikut penceritaan bapa mentua saya, arwah Jins Shamsuddin mahu jadikan pelakon Melayu tempatan sebagai watak utama (hero).
"Namun berlaku percanggahan pendapat dengan wakil penerbit berpangkalan di London yang mahukan orang Inggeris diangkat sebagai hero dalam filem ini.
"Dikatakan bahawa arwah tidak bersetuju dengan cadangan itu dan berpegang teguh untuk memartabatkan bangsa Melayu dan tidak mengubah sejarah asal," dedah Siti Norlizawati.
Jelasnya lagi, antara individu yang terkilan susulan filem itu tidak berjaya disiapkan tentu sahaja Shukarnor, malah bapa mentuanya itu dapat melihat kesungguhan Allahyarham Jins untuk memastikan filem ini berjaya diterbitkan.
"Dia (Shukarnor) kata King of The River itu merujuk kepada Dato' Sagor yang merupakan salah seorang pejuang menentang JWW Birch di Pasir Salak," sambung beliau.
Sehubungan itu, Siti Norlizawati yang aktif menggerakkan aktiviti eko-pelancongan di negeri ini menyimpan hasrat sama; iaitu jika benar filem ini akan disiapkan, maka salah satu lokasi penggambarannya dibuat di tempat sama seperti tahun 1993.
Jelasnya lagi, pengarahnya masih boleh mendapatkan kepakaran dan idea daripada individu yang terlibat secara langsung di situ, ketika Allahyarham Jins mengendalikannya.
"Bagi kami lebih baik salah satu lokasi penggambarannya dibuat di lokasi sama yang dicadang dulu (Chegar Galah dan Pulau Raia), kata orang 'roh' pembikinan filem itu masih ada di situ.
"Masih ada orang yang bekerjasama dengan arwah dahulu, dari tukang buat props dan mereka yang arif dengan sejarah itu di sini," ujar beliau.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee pula berpendapat, jika Pasir Salak berjaya diterbitkan, ia berupaya memberi impak positif dalam mempromosi negeri ini.
Justeru, besar harapannya Syamsul dapat mengangkat kisah pahlawan negeri Perak yang berjuang habis-habisan menentang penjajah Inggeris.
"Seperti mana dia berjaya menaikkan pejuang Mat Kilau, kita harap perkara sama dibuat di sini dengan menaikkan tokoh seperti Dato' Maharaja Lela, Pandak Indut dan Sepuntum.
"Dengan itu orang ramai lebih berminat untuk mengkaji dan mencari sejarah yang sebenar. Saya ada terbaca dalam laporan media baru-baru ini yang kos pembikinan filem itu juga bukan sedikit," kata Nor Hisham.
Tambahnya, terpulang kepada pengarah itu untuk memilih lokasi yang dirasakan sesuai dan relevan untuk menggambarkan situasi zaman dahulu.
"Bagi saya lokasi penggambaran lama itu sudah banyak berubah, mereka boleh pilih banyak lokasi di Perak termasuk di Pasir Salak sendiri.
"Asalkan berhampiran dengan Sungai Perak, di kawasan Lenggong pun sesuai kerana ia kaya dengan kawasan semula jadi dan sering menjadi pilihan produksi drama dan filem," katanya lagi.
Baru-baru ini media melaporkan, Syamsul sudah berbincang dengan anak Allahyarham Jins yang berminat untuk meneruskan semula projek filem arwah bapanya, Pasir Salak-King of The River yang sudah lama tergendala.
Dia bagaimanapun masih lagi dalam proses meneliti dari pelbagai sudut dan aspek, termasuk bajet pembikinan sebenar yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan.
Aida Aziz
Sat Aug 13 2022
Shukarnor (tiga dari kiri) bersama-sama Allahyarham Jins Shamsuddin (bertopi merah) dan wakil penerbit dari London meninjau lokasi penggambaran di Pulau Raia, Kampung Jawang. - Foto ihsan Siti Norlizawati Narawi
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Perceraian bukan satu trend, kata Puteri Sarah
"Tidak ada mana-mana pasangan suami isteri yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan kekecewaan."
"Alhamdulillah, happy ending" - Puteri Sarah syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga
Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
Yusof berkata dia sentiasa menghormati pilihan yang dibuat oleh anak sulungnya itu dan tidak pernah berharap agar Syamsul berpisah dengan Ira.
Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa
Perkongsian itu sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa Syamsul sudah berbaik dengan ibu bapa dan Puteri Sarah demi anak-anak.
Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof
Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perceraian bekas suaminya itu dengan Ira Kazar.
Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu
Mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes cerai Syamsul Yusof-Ira Kazar pada 25 Sept
Sebutan kes perceraian pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ditetapkan ke tarikh baharu iaitu 25 September depan.
Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar.
Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar
Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.
'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri
Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.