KULAI: Individu dan syarikat produksi yang gagal menjelaskan semula tuntutan dana geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan disenaraihitamkan daripada menerima sebarang bantuan agensi itu pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata setakat ini tiga daripada 47 individu dan syarikat produksi yang dikenal pasti menerima dana itu tetapi tidak menerbitkan filem, telah memulangkan semula dana tersebut kepada Finas.
"Kami sokong tindakan Finas mengeluarkan saman. Kesemua 47 pihak itu telah menerima surat tuntutan dan hanya tiga daripada mereka telah menjelaskan tuntutan berkenaan. Tindakan itu (membayar semula) membuktikan mereka mengakui kesalahan tersebut.
"Bagi mereka yang tidak memberikan apa-apa jawapan dalam tempoh masa diberi, Finas akan meneruskan tindakan undang-undang dan bawa perkara itu ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Baju Raya Sempena Program Cahaya Ramadan Bersama Telekom Malaysia (TM) di pusat beli belah Mydin Mall Kulai di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Yayasan TM Ainol Shaharina Shahar dan Pengarah TM Johor Md Naziruddin Abd Moez.
Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai, berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai Finas saman 47 individu dan syarikat produksi setelah mereka didapati gagal menerbitkan filem menggunakan dana keseluruhan berjumlah RM20 juta.
Menurutnya tindakan tegas perlu diambil memandangkan dana yang diterima menerusi geran tersebut adalah duit rakyat yang bertujuan membantu produksi tempatan mengembangkan industri perfileman negara.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah meminta Finas mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemberian geran kepada pemohon agar ia dapat ditambah baik sekali gus memastikan tidak lagi berlaku penyelewengan pada masa akan datang.
"Kerajaan tidak akan memansuhkan dana tersebut hanya kerana wujud penyalahgunaan, namun kami meminta mereka untuk melakukan penambahbaikan terhadap SOP pemberian dana itu," katanya.
Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa kelengkapan hari raya bernilai RM200, masing-masing RM150 daripada Yayasan TM dan RM50 daripada Parlimen Kulai kepada 70 pelajar golongan B40.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim dilapor berkata dana untuk menerbitkan filem sebanyak RM20 juta yang diberikan kepada 47 syarikat produksi di-dakwa diseleweng untuk kepen-tingan peribadi termasuk melakukan pengubahsuaian rumah dan percutian mewah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Teo (kanan) membantu Muhd Amirul Harraz (tengah) ketika membeli-belah pakaian sempena Aidilfitri pada Program Cahaya Ramadan Sumbangan Baju Raya bersama Telekom Malaysia di Mydin Kulai hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.