JAGA pemakanan dan mengamalkan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.
Pelakon jelita Fasha Sandha mengakui ia bukan sesuatu yang mudah, namun dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram selepas melahirkan anak ketiga.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula.
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya 'melantak'.
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi, makan lebih sedikit, badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya kepada Astro AWANI.
Berkongsi mengenai perkembangan terbaharu, Fasha bersyukur percaturan jenama tudung popular, Leeyanarahman menggunakan wajahnya menerusi kempen terbaharu 'Rosalinda' dilihat 'menjadi'.
“Kalau pelakon Thalia menjadi Rosalinda terkenal dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.
“Saya sendiri melihat usaha dilakukan Nur Liyana dan suami, Muhammad Hafiz, mengangkat jenama tudung mereka sejak 2012.
"Ternyata, populariti dan pengaruh itu seiring dengan kualiti tudung mereka yang cantik, trendy, berkualiti dan dengan harga mampu milik,” katanya.
Sementara itu, Fasha berkata, dia bersyukur kerana pihak Leeyanarahman sudi menyuntingnya sebagai wakil syarikat itu.
“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak yang pernah bertakhta di hati ramai itu tak disangkal lagi.
"Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.
Astro Awani
Fri Jun 02 2023
![Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685640995_Leeyanarahman.jpg)
Fasha (kiri) bersyukur percaturan jenama tudung Leeyanarahman menggunakan wajahnya menerusi kempen terbaharu, Rosalinda, dilihat menjadi. - Foto Leeyanarahman
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
!['Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19 'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712991258_FashaSandha.jpg)
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
![Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712555330_fashajpg.jpg)
Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
![Fasha Sandha tepis tanggapan sedang hamil, muntah teruk sebab keracunan makanan Fasha Sandha tepis tanggapan sedang hamil, muntah teruk sebab keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705109020_fashasandha.jpg)
Fasha Sandha tepis tanggapan sedang hamil, muntah teruk sebab keracunan makanan
Masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
!['Kita lebih hargai yang follow' - Video kontroversi tak halang pengikut Fasha Sandha bertambah 25,000 'Kita lebih hargai yang follow' - Video kontroversi tak halang pengikut Fasha Sandha bertambah 25,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694928586_FashaSandha.jpg)
'Kita lebih hargai yang follow' - Video kontroversi tak halang pengikut Fasha Sandha bertambah 25,000
Sentiasa bersikap positif, Fasha berkata bilangan pengikutnya kini melebihi jumlah yang menekan butang unfollow.
![Didakwa menari sakan di IG untuk tayang badan kurus, ini respons Fasha Sandha Didakwa menari sakan di IG untuk tayang badan kurus, ini respons Fasha Sandha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692785984_FashaSandha.jpg)
Didakwa menari sakan di IG untuk tayang badan kurus, ini respons Fasha Sandha
Menurut Fasha, dia sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya.
![Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692577119_AfiqShazwan.jpg)
Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha
Kemesraan Afiq Shazwan dengan Fasha Sandha sekadar memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah drama.
!['Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15 'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689766847_FashaSandha.jpg)
'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15
Menurut Fasha, baju yang berharga mahal tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
![Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689390664_TBRampasCintaku.jpg)
Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.
![Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41688124140_TBFashaSandha.jpg)
Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha
Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
![Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685640995_Leeyanarahman.jpg)
Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal
Jaga pemakanan dan imbangi dengan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.