PENYANYI yang popular dengan genre irama Malaysia dan etnik kreatif, Noraniza Idris melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.
Berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, acara itu disertai oleh 565 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia.
Semua peserta menarikan tarian asas tradisional mengiringi persembahan Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua buah lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama durasi tujuh minit.
Kak Ani Terkesima
Mengulas mengenai kejayaan melakar rekod terbabit, Kak Ani menghela nafas lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional.
"Syukur Alhamdulillah saya sangat teruja dan terkesima, seronok sangat. Ia tak sama kita menang anugerah, kita dapat pengiktirafan MBOR seolah-olah kita melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis.
"Jadi, bila mereka hadir untuk mengikuti program ini kita berjaya dan satu kepuasan buat saya," ujarnya yang ditemui usai acara pada Ahad.
Hampir tak jadi buat
Tambah pelantun lagu Dikir Puteri itu lagi, biarpun hampir berputus asa berdepan pelbagai cabaran menjelang hari terbabit, Kak Ani bersyukur sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai pihak pada saat akhir.
"Hari ini menjadi hari bersejarah juga buat saya terutama bila dapat bawakan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional asas yang terdiri daripada peserta yang zero, tak tahu apa-apa dalam seni dan budaya.
"Kita ajar dalam tempoh lapan hari. Kalau nak ikutkan, memang tak jadi tapi saat akhir dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) dan sekolah antarabangsa telah memberi kerjasama tinggi untuk menjayakan program ini.
"Memang kalau ikutkan hampir nak gugur jantung, sedih, macam-macam cabaran dan dugaan, Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran kita berjaya selesaikan pengiktirafan kali ini," tambahnya.
Acara persembahan ini diiktiraf dan disahkan oleh Yang Teramat Mulia, Dato’ Mohammed Abdullah, Undang Luak Johol, Penaung Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise”.
Acara ini dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan luar negara yang berperanan sebagai aktiviti tarikan pelancong untuk terus bercuti ke Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan Malaysia.
Objektif utama acara mencipta rekod ini adalah untuk mengangkat semula Irama Malaysia sebagai salah satu agenda kempen #SaveIramaMalaysia agar terus dekat di hati generasi pelapis melalui aktiviti perbengkelan dan pensijilan aktiviti kokurikulum yang melibatkan merit peserta pelajar.
Usaha ini adalah salah satu inisiatif Kak Ani selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Program Mencipta Rekod Terbaharu merangkap pengasas & penggubal modul Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise” menerusi Persatuan Tatihseni Malaysia.
Dalam masa sama, Kak Ani berharap agar acara seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan dengan lebih serius dan irama Malaysia tidak terus hilang dalam jiwa anak-anak generasi pelapis sebagai keberlangsungan usaha menyemai semangat patriotisme sebagai halwa jatidiri rakyat Malaysia secara tidak langsung.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi! -- Gempak
Gempak
Mon Sep 26 2022

Kak Ani menghela nafas lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional. - Foto oleh Amin Farij Hassan

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Keretapi Sarong 2024: 'Tiada negara yang unik seperti Malaysia' - Khairul Aming pimpin ikrar Rukun Negara
Beliau mengingatkan semua peserta yang hadir supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.

Kak Ani dakwa jadi mangsa keadaan, nafi kaitan dengan skim 'Rumahku Syurgaku'
Kak Ani mendakwa tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek berkenaan kerana tiada sebarang perjanjian antara pihaknya dan syarikat pemaju itu.

PRU, Ramli MS punca Konsert Malai Solo Noraniza Idris ditangguh?
Noraniza Idris difahamkan terpaksa menunda Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober hadapan.

"Tak sama macam menang anugerah" - Noraniza Idris lakar sejarah Malaysia Book Of Records!
Noraniza Idris melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.

Siti Nurhaliza terima undangan, titip pesanan pada Noraniza jangan berhenti menyanyi
Siti Nurhaliza berterima kasih dan bersyukur dengan niat murni, ingatan dan juga doa Noraniza kepadanya.

Anjur konsert terakhir, Noraniza Idris mahu jemput Siti Nurhaliza sebagai tetamu VIP
Bayangkan dua nama besar dalam gelanggang muzik tradisional kembali bergabung!

Peminat sebak lihat Noraniza Idris titip doa buat Siti Nurhaliza di Mekah
Peminat sebak lihat titipan doa Noraniza Idris buat Siti Nurhaliza.

'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris
Alhamdulillah akhirnya dah berbaik

Cliff Umar dinobat juara GV7
Tahniah Cliff Umar!

Oja antara tujuh peserta yang berjaya ke final GV7
Wah semua berjaya ke pusingan akhir!