KUANTAN: Pewaris pahlawan Mat Kilau, memuji penerbit dan pengarahan filem Mat Kilau kerana kesannya yang dilihat mampu membangkitkan semula semangat Melayu-Islam beraja sekali gus menimbulkan rasa sayang kepada tanah air.
Salah seorang cucu Mat Kilau, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 56, berkata, filem-filem kepahlawanan Melayu, andai dibuat kajian secara lebih teliti sewaktu pembikinannya, juga boleh dijadikan rujukan generasi akan datang kerana unsur sejarahnya.
Malah Mohd Alhamadi menyifatkan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof itu merupakan satu perkembangan baik dalam industri filem negara.
"Filem Mat Kilau ini yang sedang ditayangkan masa ini satu filem yang boleh membangkitkan balik semangat Melayu-Islam beraja di tanah air kita dan ianya dapat mengembalikan balik perasaan kebanggaan kita terhadap bangsa dan juga negara kita," katanya.
Mohd Alhamadi berkata demikian ketika ditemui di Galeri Mat Kilau di Sekolah Kebangsaan Padang Garuda Kuantan.
BACA: Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta
Menurut Mohd Alhamadi lagi, walaupun filem Mat Kilau yang kini sedang dalam tayangan, merupakan satu fiksyen, tetapi ianya tidak mencalarkan imej datuknya sebagai pahlawan yang berjuang menentang penjajah Inggeris.
Sebagai salah seorang pewaris pahlawan Mat Kilau, Mohd Alhamadi turut mengucapkan terima kasih kerana filem tersebut tidak memasukkan unsur-unsur khurafat seperti kebal, ghaib, boleh terbang dan sebagainya.
"Kerana ianya akan menjadi satu bahan rujukan di kemudian hari nanti jadi kalau ceritanya tak betul anak cucu cicit kita 30, 40 tahun akan datang akan memegang fakta yang tak betul sebab saya melihat dalam media massa.
"Ini bukan dalam filem ya, dalam media massa banyak menulis perkara-perkara yang pelik-pelik. Mat Kilau boleh ghaib, Mat Kilau kebal, ini semua seolah-olah kita nak mendongengkan ataupun mengkartunkan satu nama yang besar dalam bangsa kita, jadi rugilah kita sebenarnya," katanya.
Filem 'Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan' yang mula ditayangkan di pawagam sejak 23 Jun lalu di bawah terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As'ari dan ramai lagi.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Jun 30 2022
![Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656569805_CucuMatKilaulawa.jpg)
Mohd Alhamadi menyifatkan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof itu merupakan satu perkembangan baik dalam industri filem negara.- Foto Astro AWANI
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
!['Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702484232_TBAirforce.jpg)
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di saluran Netflix antara Januari hingga Jun 2023.
![Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699488513_FilemMalaysia.jpg)
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
![Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696152386_silatsenigayongB.jpg)
Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
![Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi? Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668224993_MatKilau.jpg)
Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?
Penduduk sendiri tak pasti apa tarikan lain di kampung mereka. Kehangatan fenomena filem Mat Kilau juga makin pudar.
![PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668084105_CALONJERANTUT.jpg)
PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut
Barisan Nasional (BN) yakin akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655870296_MATKILAU.jpg)
Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan
Industri perfileman negara diperuntukkan RM50 juta bagi penghasilan filem berunsur kenegaraan.
![Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662604764_NetflixMatKilau.jpg)
Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia
Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 Sept, kecuali di Indonesia, di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Okt.
![Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661843003_QuranHour.jpg)
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
![Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661328757_TBPASIRSALAKjpg.jpg)
Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.
![Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660644874_TBMAYAMAHSURI.jpg)
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.