PENYANYI Indonesia, Marcell Siahaan, akhirnya memutuskan untuk memeluk agama Islam setelah melalui pelbagai kembara spiritual sepanjang hidupnya.
Dalam satu wawancara di YouTube Daniel Mananta Network, Marcell menjelaskan alasan dia akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidupnya kini.
"Mengenal Tuhan Yang Satu itu menjadikan hidup lebih ikhlas," rumusnya dalam wawancara itu.
Pemilik suara lunak kelahiran Bandung yang popular dengan lagu Semusim dan Takkan Terganti itu, sebelum ini pernah berpindah-pindah agama sebelum akhirnya memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.
Umum tahu, suami kepada Rima Melati Adam (yang beragama Islam) itu pernah menjadi penganut agama Kristian dan Buddha sebelum ini.
Dalam wawancara itu, Marcel mengaku mempelajari terlebih lebih dulu agama Islam, bermula dengan keinginan atau rasa suka mencari jawapan kepada pelbagai persoalan.
Sejak beberapa tahun lalu, Marcell tidak rasa janggal apabila mendekati majlis-majlis agama termasuk mengikuti acara tadarus al-Quran. Menurutnya, itu suatu yang dilakukannya untuk benar-benar mengenali sesuatu agama.
“Saya tidak mahu menjadi orang yang takut akan sesuatu yang saya belum fahami," ujarnya.
Lelaki berusia 43 tahun itu berkongsi, dia menemukan Islam dengan rasa selesa dan yakin. Malah perjalanannya berpindah agama hingga bertemu agama suci Islam itu membuka banyak peluang untuknya menjadi orang yang lebih baik dan berguna.
"Jadi, saya bukan hanya melihat ini sebagai pencapaian spiritual hanya internal, malah pencapaian spiritual eksternal.
Ditanya apakah pengajaran yang telah dikutipnya sepanjang menjadi penganut kepercayaan berbeza hingga akhirnya memilih Islam, Marcell mengakui pengalaman itu membuatkannya dapat melakukan banyak perkara, dan menjadikan dirinya sesuatu yang berguna buat banyak orang.
"Saya selesa, senang dan yakin bahawa segala sesuatu itu harus ada titiknya.
"(Memeluk Islam) menciptakan struktur buat anak saya, menciptakan struktur buat isteri saya, sebagai imam. Agama yang saja jalani sekarang membuat saya menjadi ikhlas dalam segala hal kerana itu yang sangat susah. Keikhlasan itu yang selalu saya cari," tuturnya.
“Saya punya prinsip kalau saya belum mampu memanusiakan diri saya, jangan mengaku Muslim.
Apabila ditanya apakah yang dipelajarinya tentang konsep sifat ketuhanan dalam Islam, Marcell menjawab:
"Dia menjadi sesuatu yang Maha Kukuh sekali gus sesuatu yang paling dikasihi. (Sifat-sifat-Nya itu) cantik dan Agung pada masa yang sama."
Astro Awani
Fri Apr 02 2021

Marcell kini tenang menjalani kehidupan bersama isterinya, Rima Melati Adam, dan anak mereka. - Instagram @marcellsiahaans

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria, berikutan tempoh remannya tamat hari ini.

Temui keikhlasan dalam hidup, penyanyi Marcell mengakui selesa peluk Islam
-Saya tidak mahu menjadi orang yang takut akan sesuatu yang saya belum fahami."