Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet, Cinta, bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Liza turut memenangi RM3,000 sebagai pemenang Anugerah Terpaling Adabi.
Di tempat kedua pula ialah Ning Baizura yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Sheila Abdul membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.
Dadali Dyrga memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000, disusuli Zehra Zambri di tempat kelima membawa pulang RM15,000.
Trio Indonesia, The Lima meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000.
GV11 yang bersiaran secara langsung selama 12 minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dikendalikan oleh hos Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad, dengan barisan juri tetap seperti Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)