TULAR sebuah akaun di Facebook bernama SCRUT mendakwa suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai bukan pemilik berdaftar yang sebenar nombor plat ‘QPA1’ yang digunakan di kereta McLaren miliknya sebelum ini.
Dapatan daripada sistem SCRUT, ia bukan milik lelaki itu tetapi milik Revenue Scope Sdn. Bhd.
Justeru, dalam laporan Harian Metro pula, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.
“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sebelum ini, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang menerima kecaman hebat netizen selepas didakwa melabelkan kereta bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.
BACA: 'Tiada niat jatuhkan sesiapa' - Dikecam hina kereta, suami Fatin Afeefa jelas perkara sebenar
Bagaimana pun terbaharu, menerusi akaun InstaStory Fatin telah menunjukkan suaminya seperti terlantar sakit di sebuah hospital swasta.
Fatin mendakwa seolah-olah suaminya dipukul.
"Kena pukul dengan geng Honda," tulisnya ringas seperti berseloroh.
Namun sehingga kini tiada kesahihan atau pun penjelasan dari pihak Fatin atau suaminya mengenai hal berkenaan.
Minggu lalu selepas kecoh Opai hina kereta bukan supercar, Fatin kemudian dilihat memadam gambar suaminya di media sosial dan dalam masa yang sama memuat naik fotonya manis berhijab.
Gempak
Mon Jun 19 2023
Terbaharu, menerusi akaun InstaStory, Fatin menunjukkan suaminya seperti terlantar sakit di sebuah hospital dan dia mendakwa seolah-olah suaminya dipukul. Namun, tiada kesahihan dari pihak Fatin atau suaminya mengenai hal itu. - Foto GEMPAK
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Terbongkar Opai bukan pemilik nombor plat McLaren? Fatin Afeefa kongsi keadaan suami di hospital
JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.