KUALA LUMPUR: Gara-gara insiden seorang peserta memberi jawapan ‘kasar’ dalam program All Together Now Malaysia 2 (ATNM2), pelakon Catriona Ross mengaku terkejut berdepan dengan situasi itu.
Pelakon berusia 42 tahun itu ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, dia terkilan dengan jawapan daripada peserta dikenali sebagai Ika yang disifatkan kurang manis ditonton ramai di kaca televisyen.
“Soalan saya mudah sahaja. Saya tanya dia ‘adakah awak kurang selesa atau tidak suka dengan lagu yang dibawakan tadi?’ Seandainya dia jawab dengan intonasi sesuai, sudah tentu tiada masalah.
“Bila nak masuk dalam industri hiburan, kalau kita bijak susun ayat dan berkomunikasi dengan baik, saya pasti sesiapa pun boleh pergi lebih jauh lagi.
“Perlu ada common sense untuk hormat orang lain tak kira orang tu dewasa atau rakan sebaya. Bila kita dibesarkan oleh ibu bapa secara automatik kita pasti diajar mengenai adab dan hormat,” katanya.
Dalam pada itu, Catriona atau mesra dengan panggilan Kak Kek memaklumkan dia ada bertemu dengan Ika di belakang pentas selepas program tamat.
“Saya ada nasihat dia di belakang pentas, lebih kurang lima minit. Saya nasihatkan dia anda baru 16 tahun dan masih belum menjadi artis. Sekiranya satu hari nanti, anda berjaya masuk dalam industri hiburan, ke mana hala tuju anda dengan attitude begini?
“Saya beri teguran dengan baik agar dia faham bahawa adab itu amat penting tidak kira siapa pun diri kita dan jangan lupa empat benda iaitu sikap, hormat, disiplin dan merendah diri,” katanya.
Faida Rahim
Mon Dec 19 2022
![Terkilan dapat jawapan kurang manis, Catriona Ross 'sekolahkan' peserta ATNM2 Terkilan dapat jawapan kurang manis, Catriona Ross 'sekolahkan' peserta ATNM2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671433421_catriona.jpg)
Gara-gara insiden seorang peserta memberi jawapan kasar dalam program All Together Now Malaysia 2, Catriona Ross mengaku terkejut berdepan dengan situasi itu. - Gambar Instagram @catrionabrianross
![KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723297269_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.
![Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739447583_wargaasingditahan.jpg)
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
![Terkilan dapat jawapan kurang manis, Catriona Ross 'sekolahkan' peserta ATNM2 Terkilan dapat jawapan kurang manis, Catriona Ross 'sekolahkan' peserta ATNM2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671433421_catriona.jpg)
Terkilan dapat jawapan kurang manis, Catriona Ross 'sekolahkan' peserta ATNM2
Kata Catriona, jawapan peserta itu kurang manis untuk ditonton ramai di kaca televisyen.