SUSULAN penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil berkongsi keadaan terkininya.
Dedah Azira, punca penarikan diri De Fam disebabkan keadaan kesihatannya dan mengikut nasihat doktor.
"Saya pasti semua orang nak tahu pasal apa yang terjadi kepada saya. Apa yang saya boleh kongsikan saya mendapat nasihat daripada doktor untuk saya berhenti membuat persembahan di The Hardest Singing Show.
"Saya pun berjumpa dengan ahli kumpulan De Fam dan kami bertiga mengambil kata sepakat bersama untuk tarik diri.
"Kami sudah berjumpa dengan pihak Astro dan saya pun ada sediakan surat daripada doktor juga yang mengatakan saya tidak boleh sambung.
"Apa yang terjadi kepada saya, biarlah saya, ahli kumpulan saya dan pihak Astro sahaja yang tahu.
"Kalau boleh saya tak nak lagi bercerita tentang apa yang terjadi di The Hardest Singing Show. Habis macam itu sahaja," katanya kepada Gempak.
Azira ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media drama terbitan Viu, Nafsu di Aurum TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.
Azira, De Fam tiada masalah
Tegas Azira, dia dan ahli kumpulan De Fam lain tidak menolak untuk membuat persembahan yang tidak menuntut tempoh masa yang lama.
"Saya rasa saya faham kenapa orang bertanya sebab baru-baru ini De Fam ada buat persembahan.
"Saya nak jelaskan di mana di The Hardest Singing Show kita memerlukan sepenuh usaha yang mana Isnin sampai Ahad kena kerahkan idea, tenaga dan sebagainya.
"Jadi untuk De Fam membuat persembahan di mana-mana pun atas keupayaan yang sebolehnya saya rasa benda itu tiada masalah buat masa sekarang," tambahnya.
Dua minggu lalu De Fam yang dianggotai oleh Azira, Cik Manggis dan Sophia Liana mengambil keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan perjuangan di The Hardest Singing Show.
Pengumuman itu mengejutkan ramai pihak namun menghormati pendirian De Fam untuk tidak merisikokan keadaan kesihatan Azira.
Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Seri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah di balik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin. -Gempak
Gempak
Fri Jun 28 2024
Dedah Azira, punca penarikan diri De Fam disebabkan keadaan kesihatannya dan mengikut nasihat doktor. -Gempak
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
THSS: Hampir tersingkir, Aisha Retno menangis kecewakan peminat
Aisha yang membawakan lagu Who Run The World nyanyian asal Beyonce turut membuat permohonan maaf kepada peminat sekiranya persembahannya itu telah mengecewakan mereka.
THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor
Dedah Azira, punca penarikan diri De Fam disebabkan keadaan kesihatannya dan mengikut nasihat doktor.
THSS: Kekal di tangga tiga teratas, Aisha Retno juara minggu Mega Dansa
Hasil kemenangan menyaksikan Aisha membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.