PELAKON Amber Heard berdepan risiko kemusnahan kerjaya dan kewangan selepas kalah dalam kes saman fitnah ke atas bekas suaminya, pelakon Johnny Depp, yang menyebabkan dia kerugian AS$8.35 juta (RM36.6 juta).
Pakar perhubungan awam berpendapat 'tiada jalan kembali untuk Heard di Hollywood' sambil menambah bahawa perbicaraan dramatik di mahkamah selama enam minggu itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kerjayanya dan situasi kewangannya, termasuk kemungkinan hilang pendapatan sehingga AS$50 juta (RM219 juta).
Dari segi kerjayanya, pemilik studio di Hollywood dijangka sukar mempertimbangkan untuk memberinya peranan utama pada masa hadapan.
Heard juga kini mungkin bergelut untuk melangsaikan pelbagai komitmen kewangan, termasuk kepada kumpulan aktivis seperti American Civil Liberties Union (ACLU).
Ganti rugi yang terpaksa dibayar Heard juga mungkin memaksanya untuk menjual aset, termasuk 'rumah persembunyian' bernilai AS$570,000 (RM2.5 juta) di Lembah Yucca, dan Range Rover yang diperoleh selepas perceraian dengan Depp.
Peguam Sandra Spurgeon mencadangkan satu kemungkinan yang boleh diharapkan Heard ialah Depp mengetepikan bayaran ganti rugi atau merundingkan jumlah yang lebih rendah.
"Semua bergantung kepada Depp. Bagi individu yang tidak mempunyai keupayaan untuk membayar kos dan tiada keupayaan untuk menghantar bon, maka terdapat isu jika pihak yang menang berhasrat untuk meneruskan penghakiman," katanya kepada CBS MoneyWatch.
"Tidak ada jalan kembali untuk Heard di Hollywood. Jika anda membuat filem atau sedang merancang untuk membuat filem itu, adakah anda akan mengambilnya berlakon?
"Lihat saja bantahan besar-besaran terhadap Aquaman 2 (di mana petisyen untuk menyingkirkan Heard kini sudah mencapai 4 juta). Perbicaraan itu mencemarkan strategi pemasaran atau PR untuk melancarkan filem," kata pakar perhubungan awam, Mark Borkowski.
Heard berasal dari keluarga Kristian konservatif dari Texas yang mempunyai kekayaan sederhana. Pada usia 17 tahun, dia berhenti sekolah untuk memulakan kerjaya peragaan di New York, sebelum beralih ke bidang lakonan di Los Angeles.
Nilai kekayaan bersih yang dimiliki Heard tidak dapat dipastikan, namun Fox Business melaporkannya sebagai AS$8 juta (RM35 juta).
Kewangan Heard dipersoalkan selepas dia membuat beberapa tuntutan untuk menyokong gaya hidupnya, selepas perceraian dengan pelakon Pirates of the Carribean itu.
Antaranya, dia meminta 'penggunaan dan pemilikan eksklusif' Range Rover hitam yang dipandunya, dan Depp dilaporkan masih membuat pembayaran untuk kenderaan itu.
Selepas enam minggu perbicaraan, Mahkamah Circuit di Fairfax Country pada Khamis memutuskan pelakon Depp dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).
Astro Awani
Fri Jun 03 2022
![Tiada jalan kembali ke Hollywood untuk Amber Heard - Pakar perhubungan awam Tiada jalan kembali ke Hollywood untuk Amber Heard - Pakar perhubungan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651030958_AmberHeard.jpg)
Heard juga kini mungkin bergelut untuk melangsaikan pelbagai komitmen kewangan. - Foto REUTERS
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Amber Heard bayar saman, Johnny Depp derma semua pada rumah kebajikan Amber Heard bayar saman, Johnny Depp derma semua pada rumah kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686982762_TBJOHNY.jpg)
Amber Heard bayar saman, Johnny Depp derma semua pada rumah kebajikan
Heard dilaporkan media tempatan telah membayar sebanyak RM4.6 juta seperti yang diarahkan oleh mahkamah kepada Depp.
![Amber Heard setuju bayar AS$1 juta, selesai saman fitnah terhadap Johnny Depp Amber Heard setuju bayar AS$1 juta, selesai saman fitnah terhadap Johnny Depp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652770095_AmberHeardJohnnyDep.jpg)
Amber Heard setuju bayar AS$1 juta, selesai saman fitnah terhadap Johnny Depp
Heard bagaimanapun berkata keputusan itu "bukan tanda bersetuju", sebaliknya kerana dia "hilang kepercayaan terhadap sistem perundangan Amerika Syarikat".
![Tidak suka cara Elon Musk, ini barisan selebriti ucapkan 'bye' buat Twitter Tidak suka cara Elon Musk, ini barisan selebriti ucapkan 'bye' buat Twitter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667986768_FEMALEARTIST.jpg)
Tidak suka cara Elon Musk, ini barisan selebriti ucapkan 'bye' buat Twitter
Pengambilalihan jutawan Elon Musk terhadap Twitter telah menimbulkan kekecohan dalam dunia media sosial.
![Amber Heard gagal cubaan dapatkan perbicaraan baharu Amber Heard gagal cubaan dapatkan perbicaraan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654235329_AmberHeard.jpg)
Amber Heard gagal cubaan dapatkan perbicaraan baharu
Peguam Heard memfailkan permohonan mahkamah untuk membatalkan keputusan kes dan mengisytiharkan perbicaraan silap atas alasan juri berat sebelah.
![Amber Heard didakwa semakin 'sengkek', dilihat beli-belah baju murah Amber Heard didakwa semakin 'sengkek', dilihat beli-belah baju murah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656039277_Sengkek.jpg)
Amber Heard didakwa semakin 'sengkek', dilihat beli-belah baju murah
Menerusi gambar-gambar yang dirakam orang awam, Amber dilihat sedang membelek beberapa pakaian yang dipamerkan di pusat beli-belah berkenaan.
![Bukti rakaman 'Amber VS Johnny' didedahkan 25 Jun ini Bukti rakaman 'Amber VS Johnny' didedahkan 25 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655956664_AmberVSJohnny.jpg)
Bukti rakaman 'Amber VS Johnny' didedahkan 25 Jun ini
Saksikan "Amber VS Johnny" pada 25 Jun ini, jam 9.55 malam di saluran Discovery Channel.
![Peguam Johnny Depp jadi buruan Hollywood Peguam Johnny Depp jadi buruan Hollywood](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654509051_TBCamilleVasquez.jpg)
Peguam Johnny Depp jadi buruan Hollywood
Peguam Johnny Depp, Camille Vasquez dilaporkan menerima banyak tawaran dari Hollywood selepas berjaya mencuri perhatian semasa perbicaraan saman malu antara anak guamnya dan aktres Amber Heard.
![Orang benci kamu, semoga Allah bahagiakan kita - Lelaki Arab ajak Amber Heard kahwin Orang benci kamu, semoga Allah bahagiakan kita - Lelaki Arab ajak Amber Heard kahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654487303_AmberHeard.jpg)
"Orang benci kamu, semoga Allah bahagiakan kita" - Lelaki Arab ajak Amber Heard kahwin
Pelakon Amber Heard dilamar untuk mengahwini seorang lelaki dari Arab Saudi selepas aktres itu tewas dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp.
![Tiada jalan kembali ke Hollywood untuk Amber Heard - Pakar perhubungan awam Tiada jalan kembali ke Hollywood untuk Amber Heard - Pakar perhubungan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651030958_AmberHeard.jpg)
Tiada jalan kembali ke Hollywood untuk Amber Heard - Pakar perhubungan awam
Perbicaraan dramatik di mahkamah selama enam minggu itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kerjayanya dan situasi kewangannya, termasuk kemungkinan hilang pendapatan sehingga AS$50 juta.
![Keputusan juri telah memulihkan semula kehidupan saya - Johnny Depp Keputusan juri telah memulihkan semula kehidupan saya - Johnny Depp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650942094_JohnnyDepp.jpg)
Keputusan juri telah memulihkan semula kehidupan saya - Johnny Depp
Dakwanya, sepanjang enam tahun, kehidupan diri, anak-anak serta individu rapat amat terjejas.