Trailer filem Adiwiraku yang didedahkan semalam menerima reaksi positif khalayak filem tempatan dan dikatakan bakal mencipta satu fenomena baru.
Filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah.
Adiwiraku menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang Tunggal di Sg Petani yang berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun mengetahui peluang yang terlalu tipis untuk menang.
Guru Bahasa Inggeris sebenar yang jadi inspirasi kepada filem ini, Cheryl Fernando turut merakamkan satu tweet kegembiraannya apabila trailer filem itu mula ditonton orang ramai.
Diterbitkan oleh Sol Pictures Sdn Bhd, filem itu diarahkan oleh Eric Chong dengan lakonlayar oleh Jason Chong.
Sehingga berita ini ditulis, trailer filem itu yang dimuat naik di Facebook telah menerima 235 ribu tontonan dan dikongsi lebih 6 ribu pengguna.
Walaupun tanpa bintang popular tanahair, filem yang dibintangi oleh Sangeetha Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin Zidane, Irdina Tasnim, Rizal, Balqis, Fara Safwan, Wan Azlyn (Darling) dikatakan bakal mencipta satu fenomena apabila ditayangkan nanti.
Difahamkan, pelakon yang memegang peranan sebagai pelajar merupakan pelajar sebenar sekolah berkenaan yang menjadi inspirasi filem tersebut.
Filem Adiwiraku bakal ditayangkan pada 9 Mac depan.
Ikuti perkembangan terkini filem itu dengan mengikuti hashtag #Adiwiraku dan di laman sosial rasmi www.facebook.com/adiwirakuthemovie.
Muzaffar Mustapa
Sun Jan 08 2017
![Trailer filem Adiwiraku didedahkan, bakal cipta fenomena baru? Trailer filem Adiwiraku didedahkan, bakal cipta fenomena baru?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71483880932_AdiwirakuTheMovie.jpg)
Salah satu babak dalam filem Adiwiraku yang bakal ditayangkan pada 9 Mac depan. - Foto Facebook Adiwiraku
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.